Thursday, August 20, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : HARI UNTUK BERSANTAI SANTAI DAN LAGENDA ES KAIN DI PULAU SERASAN


PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : HARI UNTUK BERSANTAI SANTAI DAN LAGENDA ES KAIN DI PULAU SERASAN . Satu lagi hari untuk bersantai - santai memandangkan belum ada perancangan aktiviti yang diaturkan kerana pada waktu ini semua saudara - saudara saya sedang turun di tempat kerja masing - masing di Pulau Serasan.Masing - masing sedang turunke tempat kerja menjalankan tugas - tugas masing masing.Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk membuat aktiviti sendiri.

Bertemankan sebuah kamera saya sempat mengambil gambar - gambar secara rawak untuk dikongsikan dalam blog saya ini kepada semua.



Tumpang lalu nak berposing di hujung Pelabuhan Pelimpa dengan menikmati hari yang sederhana cerah sambilmenikmati hembusan angin dari laut yang menyapa.


Gambar yang diambil dari Pasar Ikan Serasan




Kemudian,Bergerak ke Pelabuhan Tanjung Setelung dengan motosikal


Pemandangan dari sebuah warung atau kedai makan....langitnya mempesona..



Balik dari Tanjung Setelung...... snap! rare punya pemandangan...... best kan....gambar ini saya ambik dari sebuah jeti ditepi rumah Mak Cik saya...sekarang dah jarang dengan pemandangan desa seperti ini... namun jauh dari sudut hati saya pemandangan yan begini mempunyai nilai nya yang tertentu....


LAGENDA BATU ES KAIN DI PULAU SERASAN. 

Lagenda Batu Es Kain merupakan salah satu lagenda yang sering menjadi bualan masyarakat kerana terdapat kisah yang menarik unutk dikongsikan mengapa tempat itu dinamakan batu Es kain.Selepas menjelang tengahari saudara saya dah balik dari tempat kerja.Selepas siap makan tengahari dan Deki Purnamawan membawa saya ke lokasi Batu Es Kain yang hanya beberapa minit dari tidak berapa jauh dari rumah Mak Cik saya di Desa Pelimpa Pulau Serasan.


ES KAIN mempunyai kisah nya yang tersendiri.Dikatakan takungan air dari batu Es Kain ini mampu membasahkan sehelai kain.Kejadian yang unik ini menjadikan tempat itu dinamakan Batu Es Kain .











ES KAIN,ES LILIN ?

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



No comments: