Monday, January 01, 2024

DOA DAN SURAT TAHUN BARU BUAT YANG MAHA MENCIPTAKAN


 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪْ

     ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠﻪْ

    ﻭَﻵ ﺍِﻟَﻪَ ﺍِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪْ

     ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺍَﻛْﺒَﺮْ

    اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

     ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

    لا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ


Allahuma, di tahun 2024, Sempurnakanlah Tauhidku, kuatkanlah iman dan taqwaku, tambahkanlah amal ibadah dan kebajikanku. Jadikan diriku golongan yang berjaya di dunia, sempurna di akhirat. Jayakanlah silatku, sempurnakanlah solatku. Angkatkanlah segala beban dan penyakit. Sesungguhnya hanya padaMu diriku berserah sebulat - bulatnya atas Keagungan, Kebesaran, Kemurahan dan KesempurnaanMu.

Rabbi firli, warhamni, wajbur ni, warafakni, warzukh ni, wah dini, wa afini, wa' fu 'anni.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, August 16, 2023

AKU HANYALAH PETUALANG BUTA

 


AKU HANYALAH PETUALANG BUTA

Aku hanyalah seorang petualang buta 
yang melayari perjalananku sendiri. 
Dilautan manusia memperjuangkankan 
pemberian dan penerimaan, 
dihamparan dunia memperjuangkan 
budi, jasa juga rasa. 

Bukanlah yang Sempurna, namun seadanya sebaik mungkin. 

Kesempurnaan itu, terpisah diantara batas 
Yang Menciptakan dan Yang Diciptakan 
dan begitu juga manusia yang dikurniakan kata dan doa 
tapi Tuhan juga yang Punya segala Kuasa. 
Sayangnya seringku saksikan manusia yang merasa berkuasa 
dan Tuhan sekadar lafaz kata. 

Ya rabb, 
ampunilah kami dan tunjuki kami manusia
 CiptaanMu yang masih belum penuh 
mengenal "Bismillahirrahmanirrahim ' Mu.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

AKU - MENESULURI NYATA DAN NYAWA MEDAN DUNIA


AKU - MENESULURI NYATA DAN NYAWA MEDAN DUNIA

Biarkan aku begini, 
menjadi puing puing yang tak terlupakan meski bentak dan juga rayu sering mencumbui kalbu rapuhku.
Aku menelusuri nyata dan nyawa medan dunia.

Meski bahasaku sering gagal menembus jiwa yang belum mengenal ertiku, barangkali doa dan kataku nantinya mengetuk lamunan yang bangun bersama maksud yang kutinggal di meja bicara biasa dari jendela jiwa yang ku selalu ku buka pada manusia yang datang pergi bersama wacana tersendiri. 

Mari kita berbicara rasa...



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

LIRIK LAGU RATU SYURGA - OST GUDANG KUBUR ( 2015 )

 

LIRIK LAGU RATU SYURGA - OST GUDANG KUBUR ( 2015 )

I Don't Know... Tengah layan facebook sebuah lagu OST yang mengetuk pintu jiwa aku untuk search lagunya merupakan lagu soundtrack  filem Gudang Kubur yang diterbitkan pada tahun 2015 bertajuk Ratu Syurga kali ini. Ianya benar - benar menyeru saya untuk berkenalan dengan lagu ini. Belum dipastikan siapa gerangan suara penyanyi dibalik lagu ini...Kalau sesiapa yang ada info boleh komen di bawah posting ini ok.

Walau apapun saya kongsikan video yang saya jumpa dalam youtube yang dinyanyikan oleh Nadeera Sardi yang dikatakan kemungkinan penyanyi yang menyanyikan lagu tersebut di dalam filem Gudang Kubur tersebut beserta dengan lirik lagunya ok.. until further infomation mengenai lagu yang saya rasakan agak.. hmmmmm....

Semoga bermanfaat kepada mereka yang sama sama mencari maklumat lagu ini seperti saya...


LIRIK LAGU RATU SYURGA

Rebahku hilang dalam percintaan ini 
Kau ada hulur tanganmu membasuh luka 
Sering kala aku ada, engkau ada aku kasih 
Tak ingin terulang lagi ..

Terhapus semua duka lara kisah lama 
Kau balut sekeping hati penawar luka 
Usah kau siksaku yang kau ubah 
Kau ganti semula kau membahagiakan ku .. 

Kau lah kasihku yang menyentuhkan hati 
Kau lah ratu syurgaku ..
Gurau senda mu jatuh bangunku kasih 
Kau lah yang ku cintai .

Semua yang berlalu dulu dugaanya
Ku sisih hati yang terluka dalam doa 
Dalam tangisan ku cuba melupakan segalanya 
Demi cintaku denganmu ... ooo 
Selamanya..

LIRIK LAGU RATU SYURGA






AZLAN RUMADI 
www.azlanrumadi.blogspot.my

Tuesday, June 27, 2023

TEKS DOA DI ARAFAH 1444H / 2023M DARI LEMBAGA TABUNG HAJI

 

TEKS DOA DI ARAFAH 1444H / 2023M DARI LEMBAGA TABUNG HAJI


Bismillahirahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbil Alamin, Terutama  Syukur kepada Allah swt dan terima kasih serta penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji Malaysia yang telah mengeluarkan Teks Doa di Arafah 1444H / 2023M pada tahun ini dan saya kongsikan dan panjangkan kepada sesiapa sahaja. Semoga ianya menjadikan kita hamba - hamba Allah swt yang taqwa dan menambah penghayatan dan keimanan kita dalam mengambil berkat bulan kemuliaan yang menjadi bulan dilaksanakan salah satu dari rukun Islam iaitu mengerjakan Ibadah Haji untuk kita sama sama mengankat doa bersempena waktu wukuf Jemaah haji di Padang Arafah pada tarikh ini.













AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




PENGISIAN DOA SEPANJANG 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH

  

TIPS MENGISI 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH:

*Perkongsian daripada jemaah*

• 30 minit pertama: khutbah Arafah, solat
• 30 minit ke-2: doa utk diri sendiri
• 30 minit ke-3: utk kedua ibu bapa
• 30 minit ke-4: utk pasangan suami/istri
• 30-60 minit seterusnya: utk anak-anak setiap seorang
Baki jam seterusnya: doa yg dikirim ahli keluarga/sahabat, hajat keperluan dunia akhirat

PENGISIAN DOA SEPANJANG 330 MINIT WUKUF DI ARAFAH:

Bahagian 1 : Pengampunan Dosa

1. Mohon ampun ke atas dosa² diri sendiri
2. Mohon ampun ke atas dosa ibu bapa 
3. Mohon ampun ke atas dosa pasangan 
4. Mohon ampun ke atas dosa anak²
5. Mohon ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara, adik beradik) 
6. Mohon ampun ke atas dosa guru²/ustaz/ustazah 
7. Mohon ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia) 


Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan

1. Dianugerahkan rezeki halal, mudah diperolehi dan terlindung dari yg haram
2. Diberi ketenangan (sakinah) dan kebahagiaan dalam keluarga & rumahtangga
3. Mohon anak² diperlihara dan dibimbing oleh Allah dalam kehidupan 
4. Mohon rezeki diberkati 
5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit 
6. Dijauhkan dari ujian yang tak mampu untuk ditanggung
7. Mohon anak² saling berkasih sayang, bersatu hati & tidak berpecah belah 
8. Mohon orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita kerana Allah 
9. Mohon kejiranan yg baik, sentiasa nasihat menasihati, bantu membantu, saling bersatu hati dalam ketaatan & berpesan dengan kebaikan
10. Dijauhkan dari orang lain dengki khianat, iri hati, cemburu kepada kita 


Bahagian 3 – Urusan Ketika Kematian

1. Mohon diakhiri kehidupan dalam kesudahan yg baik (husnul khatimah)
2. Mohon dijauhkan dari fitnah dunia dan akhirat atas kehidupan yg bakal ditinggalkan
3. Mohon dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah” 
4. Minta mati sedang dalam beribadah & ketaatan kepada Allah, bukan sebaliknya 


Bahagian 4 – Alam Barzakh

1. Jadikan alam kubur nanti seperti taman² syurga
2. Jangan dijadikan alam kubur dari lubang² api neraka 
3. Sesungguhnya kubur itu gelap (maka terangilah kubur) 
4. Sesungguhnya kubur itu sempit (maka luaskanlah kubur) 
5. Mohon dilapangkan kubur sejauh mata memandang 
6. Mohon direzekikan di dalam kubur nanti bertemankan syafaat al-Quran dan amal soleh


Bahagian 5 – Ketika di Padang Mahsyar

1. Mohon keselamatan daripada huru-hara di padang mahsyar 
2. Mohon agar memperoleh syafaat Baginda Nabi Muhammad ﷺ dengan izinNya 
3. Mohon agar mendapat perlindungan di bawah naunganNya 
4. Mohon keselamatan dari kesusahan & azab seksa di padang mahsyar 
5. Mohon agar diberikan suratan amal dari tangan kanan, dipadamkan catatan² dosa di dalam kitab amal 
7. Mohon perlindungan dari tersingkap dosa² yg lalu ketika tayangan amalan di akhirat
8. Tutup dan dilindungi segala aib, dosa dan kesalahan lalu 
9. Mohon diberatkan timbangan amalan kebaikan 
10. Mohon agar tergolong di kalangan mereka yg masuk syurga tanpa hisab 
11. Mohon dapat menikmati air dari telaga Nabi ﷺ, tanda diterima sebagai umat baginda


Bahagian 6 – Lintasan Titian Sirat

1. Mohon dipermudahkan melintasi titian sirat 
2. Terhindar dari terjatuh ke dalam lubang neraka ketika melintasinya
3.  Mohon dipercepatkan melintas titian sirat sepantasnya
4. Permudahkan perhitungan sesama mukmin atas segala ketidakpuasan hati sesama kami, pada titian terakhir sebelum kami semua diizinkan memasuki syurga


Bahagian 7 – Masuk Syurga Allah

1. Mohon agar diredhai dengan syurga, serta dijauhkan dari neraka
2. Mohon agar dikurniakan syurga firdaus yg tertinggi
2. Dianugerahkan dapat berdamping dengan Nabi Muhammad ﷺ 
3. Mohon dapat dihimpunkan bersama seluruh ahli keluarga yg tercinta & insan² tersayang
5. Mohon kurniaan dapat memandang WajahMu yg Agung, sebagai sebesar² nikmat buat penghuni syurga.

Allahumma aamiin.


Saturday, April 22, 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444H / 2023H

 

Bismillahirrahmanirrahim,
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023M.

Subhanallah, Walhamdulillah, Laillahaillallah, AllahuAkhbar.

Sepuluh jari saya susun memohon ampun maaf atas segala silap dan salah samaada dari tutur lisan dan perbuatan perlakuan.
Ampuni saya,
Doakan saya,
Restui saya,
zahir dan batin 
Dunia dan akhirat.

Semoga Ibadah Puasa dan Aidilfitri menjadikan kita insan manusia yang lebih bersyukur dan tawadduk dalam menjalani amal ibadah, amal kebajikan dan amal kehidupan.
Semoga ianya makin mendekatkan kita pada Allah Swt.
Semoga Allah swt memberikan kita petunjuk dan kemenangan layaknya rasul- rasul dan mereka yang sebelum kita kita.
Semoga Allah swt angkat segala beban dan penyakit serta dosa dosa kita.
Semoga Allah swt menyatukan dan mengukuhkan silaturrahim sesama kita.
Semoga Allah, sempurnakan tauhid, iman taqwa, amal ibadah dan amal kebajikan.

Amin Ya Rabbal Alamin.
WalhamdulillahirobbilAlamin.






AZLAN BIN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my