Showing posts with label Hypermarket. Show all posts
Showing posts with label Hypermarket. Show all posts

Monday, December 01, 2014

KINI DIBUKA,HYPERMARKET JUN RONG PETRAJAYA,KUCHING,SARAWAK


JUN RONG PETRAJAYA | Kepada Orang Kuching yang mendiami kawasan Petrajaya Kuching mungkin dah kecoh pasal pembukaan Jun Rong ni kan? Hujung Minggu ni tadi saya sempat berkunjung ke sini sempena SOFT OPENING yang dibuat oleh pihak Jun Rong sambil sambil tengok barangan yang dijual di dalam pasaraya ini.

Apa yang saya boleh katakana,Memang terbaik,Setiap barangan yang dijual di jual pada harga yang sangat berpatutan dan murah lagi jimat terutama baju dan seluar jeans yang terdapat di sini.Disamping itu,bagi surirumah terutamanya atau mereka yang minat dalam perkakasan dapur bolehlah mendapat keperluan mereka di sini seperti bekas - bekas container dan bermacam lagi.

Apa yang paling menarik orang ramai adalah jualan pakaian nya yang pada harga yang sangat murah.Bagi peminat fesyen semasa bolehlah mendapatkan pakaian dengan gaya terkini di sini dengan harga yang rendah.

Yang lain - lain anda bolehlah berkunjung ke sini untuk melihat sendiri kemeriahan pasaraya JUN RONG PETRAJAYA.

Seterusnya saya kongsikan beberapa gambar secara kilat berkenaan Jun Rong Pertra jaya.























Sunday, November 23, 2014

UNACO HYPERMARKET DI TAMAN SUKMA ,PETRAJAYA, KUCHING SARAWAK

UNACO HYPERMARKET DI TAMAN SUKMA ,PETRAJAYA, KUCHING SARAWAK.

Hujung minggu macam ni mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk refill inventori barang barang dapur.ye tak? terutama bagi yang dah berfamily.Lebih lebih lagi bagi yang mengelakkan kesesakan semasa membeli belah selepas hari gaji.Di kawasan Petrajaya,Kuching sekarang semakin banyak tempat untuk membeli dan mendapatkan keperluan di rumah.Baru baru ni saya sempat berkunjung ke sebuah lagi Supermarket yang baru dibuka tidak sampai sebulan yang lalu.UNACO HYPERMARKET DI TAMAN SUKMA ,PETRAJAYA, KUCHING SARAWAK.Menyediakan pelbagai pilihan dan barangan dengan harga yang menarik.Supermarket ini turut menjual barangan lain seperti pinggan mangkuk dan perkakasan dapur serta banyak lagi.Unaco yang betul betul terletak berhadapan dengan bangunan SEGO CENTRE,KOLEJ KOMUNITI dikawasan Taman Sukma Kuching.Semestinya dengan pembukaan Pasaraya ini memberikan pelbagai lagi pilihan kepada orang ramai untuk membuat perbandingan harga.
Kepada orang ramai bolehlah berkunjung ke Unaco Taman Sukma untuk melihat sendiri
perbandingan harganya.



 



 

 




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com