Monday, November 26, 2018

SAMA RINDOK PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU SARAWAK 2018 ( PENCAK SILAT ) DI WATERFRONT KUCHING,SARAWAK.


SAMA RINDOK PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU SARAWAK 2018 ( PENCAK SILAT ) DI WATERFRONT KUCHING,SARAWAK

Sama Rindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2018 ( Pencak Silat ) merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Yayasan Budaya Melayu Sarawak telah berlangsung pada 24 November 20178 bertempat di  Godown Amphitheater Tebingan Sungai Kuching, Sarawak yang menghimpunkan 4 Perguruan Persilatan dari Bahagian Kuching untuk mempersembahkan Persembahan Seni Silat Perguruan masing masing.

Program Sama Rindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2018 ( Pencak Silat ) Pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib Bin Haji Said Yang merupakan Pengurus Besar AKYBMS dan juga Yang Berhormat Datuk Dr Haji Wahbi Bin Haji Junaidi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Agama.

Empat Perguruan yang menyertai persembahan pada kali ini adalah

1.Perguruan Seni Silat Siantong Melayu Asli
2.Perguruan Seni Silat Gerak Kuntau Betawi Darul Hana Kuching
3.Perguruan Seni Silat makrifat
4.Perguruan Seni Silat Dendam Perantau.

Persembahan persilatan ini juga telah berjaya menarik tumpuan para pengunjung dan pelancong yang hadir bersama - sama menyaksikan persembahan - persembahan para pesilat di lokasi penganjuran dan program sebegini semestinya bertujuan untuk memperkenalkan keindahan seni persilatan melayu serta menaikkan martabat persilatan di Negeri Sarawak.

Tahniah kepada penyertaan dari pihak perguruan - perguruan persilatan dan para pesilat - pesilat yang terlibat dalam penyertaanpada kali ini.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


































Thursday, November 15, 2018

GRAFITTI STREET ARTS DI KUCHING, SARAWAK - NOVEMBER 2018


GRAFITTI STREET ARTS DI KUCHING, SARAWAK - NOVEMBER 2018

Sebelum ini saya pernah membuat posting atau perkongsian mengenai Grafiiti - grafitti yang sangat menarik dan kreatif yang telah dihasilkan oleh seniman - seniman dari Kuching Sarawak. anda boleh membaca posting saya yang lepas di sini.


Kali ini saya terpanggil untuk berkongsikan sekali lagi beberapa Grafiiti Street Arts..mmm ?? ya .. saya memanggilnya dengan sedemikian atau mungkin anda adalah istilah yang lebih tepat ? sila komen ok.

Sejujurnya, saya mengagumi hasil - hasil seni yang dihasilkan oleh penggiat seni ini walaupun sesetengah masyarakat menganggap mereka ini sebagai vandalisme kerana kurang mengerti dan memahami jiwa - jiwa mereka. Walau apapun saya boleh mengatakan WOW ! its really mind blowing..gitu....

Saya sempat membuat sedikit carian dalam online mengenai latar belakang para seniman ini. Antara yang saya jumpai adalah Instagram : twenty_fifth yang merupakan salah satu dari seniman yang menghasilkan seni seni grafitti ini. 

















 





















 








AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my