Wednesday, June 06, 2018

GAMBAR - GAMBAR LAMA NENEK MOYANG KITA SERTA MASYARAKAT ORANG MELAYU TRADISIONAL DAHULU


GAMBAR - GAMBAR LAMA NENEK MOYANG KITA SERTA MASYARAKAT ORANG MELAYU TRADISIONAL DAHULU

Amatlah jarang untuk kita menemui gambar - gambar lama zaman datuk nenek moyang kita pada masa kehidupan nya yang lalu kerana pada masa itu masih sukar untuk menemui teknologi fotografi yang terdapat pada masa sekarang.

Oleh kerana itu juga amatlah sukar untuk kita membayangkan sendiri bagaimana kehidupan yang dijalani oleh Masyarakat Melayu termasuk nenek moyang kita pada masa dahulu.

Namun kali ini saya telah menemui beberapa gambar dari salah satu Page FB yang saya ikuti dan saya kongsikan untuk menjadi tatap semua.

Kalau melihat di dalam gambar - gambar yang saya perolehi ini ianya menggambarkan bertapa pada ketika itu identiti jati diri Kemelayuannya amatlah kuat dan dipandang tinggi. Identiti yang kuat pada ketika itu melambangkan semangat Kemelayuan dan pegangan Bangsa Melayu itu sendiri dari cara kehidupan,adab dan adat Melayu yang dijalani.

Semoga Warisan Kemelayuan ini takkan lupus dari bumi ini kerana saya berpendapat Warisan ini amatlah bernilai untuk dipelajari dan diwarisi oleh Mesyarakat untuk menghayati nilai - nilai budaya kita sendiri dan dari mana asal permulaan tamadun bangsa kita sendiri.

Wallahualam.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my














 













No comments: