Wednesday, September 10, 2025

NOSTALGIA KENANGAN PASAR CEKO KUCHING ATAU GAMBIR STREET MARKET.


NOSTALGIA KENANGAN PASAR CEKO KUCHING ATAU GAMBIR STREET MARKET.

Gambir Street Market atau lebih dikenali sebagai Pasar Ceko Kuching merupakan suatu tempat yang amat dekat dengan perjalanan dan kehidupan penduduk di Kuching Sarawak. Ianya merupakan satu kenangan yang dekat dan sangat berharga bagi penduduk di sekitar Kuching pada ketika itu.

Pasar Ceko Kuching ini telah wujul pada tahun 1935 lagi.

Suatu ketika dahulu di sinilah penduduk di sekitar Kuching mendapatkan keperluan hidup terutama hasil pertanian, perikanan dan ternakan dan banyak lagi jenis keperluan yang lain.

Sistem tawar penawar turut digunapakai di Pasar Ceko ini bagi mendapatkan suatu urusniaga dengan harga yang berpatutan dan lebih murah.

Pasar Ceko telah berhenti beroperasi pada tahun 2008 kerana kerajaan Negeri Sarawak berhasrat membina Waterfront di kawasan tersebut bagi tujuan memperindahkan lanskap pemandangan di Kawasan Bandar Kuching.

Pada awalnya bagi menggantikan operasi Pasar Ceko ini sebahagian dari peniaga di sini dipindahkan ke Pasar Basah Stutong namun di awalnya perpindahannya agak kurang mendapat sambutan dan hari ini sebagian dari peniaga Pasar Ceko telah berpindah lokasi niaga ke Pasar Niaga Satok yang masih beroperasi sehingga hari ini.

Kita akan dapat menyaksikan hari ini sebagian dari tapak asal Pasar Ceko ini telah dibina Masjid India atau terkenal dengan panggilan Masjid Terapung.

Pasar Ceko telah tiada dan digantikan dengan pembinaan tempat yang baru namun kenangan dan nostalgia yang pernah ada menyimpan kenangan estetika yang masih menjadi sebutan bagi orang ramai dan peniaga yang pernah menjadi sebahagian dari nadi dan wajah Pasar Ceko di suatu ketika dahulu.













































 

AZLAN BIN RUMADI
www.azlanrumadi.blosgpot.my


No comments: