Wednesday, December 30, 2015

MESEJ BERNILAI DARI KESENIAN ARCA - ARCA KREATIF DARI BAHAN BESI BURUK

 
MESEJ BERNILAI DARI KESENIAN ARCA - ARCA KREATIF DARI BAHAN BESI BURUK

 Sebagai seorang yang meminati kesenian dalam apa jua segi pun kreativiti lebih bersikap terbuka dan boleh menjadi suatu perkara subjektif yang sangat mengujakan.Minat yang mendalam mendorong seseorang untuk memikirkan apa jua cara untuk menterjemahkan minat mereka ke dalam sesuatu yang boleh dipersembahkan dengan menyampaikan mesej - mesej tertentu yang sebahagiannya menjadi titik perubahan atau anjakan dalam diri.

Begitu juga kesenian yang ditampilkan dalam arca - arca kreatif yang dibina dari besi - besi terpakai atau besi buruk yang boleh dibentuk menjadi suatu hasil yang sangat mengagumkan.Sedikit suntikan kreativiti dan idea mampu merubah segalanya menjadi sesuatu yang sangat berseni.

Selain itu,idea - idea seperti ini secara tidak langsung mendukung kempen hijau dengan menggunakan kembali bahan bahan terbuang ke dalam sebuah hasil seni seperti arca.

Mesej yang ingin disampaikan dengan hasil seni ini adalah tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan kehidupan flora fauna yang sangat bernilai kerana tahun kesekian tahun kita menyaksikan kepupusan beberapa spesis flora dan fauna dan

Sebahagian pencinta alam sekitar yang memikirkan perihal ini pastinya akan mewujudkan cara untuk mebangkitkan kesedaran untuk memelihara bumi dan kehidupan untuk generasi yang datang seperti mana yang dilaung dan diperjuangkan oleh beberapa badan aktivist alam sekitar seluruh dunia pada masa sekarang dengan menghasilkan hasil - hasil seni seperti ini.

Bagaimana pula dengan cara kita sendiri untuk bersama - sama mengekalkan wajah alam semulajadi kita ? sebelum ianya pupus dan lenyap pada masa akan datang?




















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


Monday, December 28, 2015

PERARAKAN BERSEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015 DI KAMPUNG PUSA , BETONG SARAWAK


PERARAKAN BERSMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015 DI KAMPUNG PUSA , BETONG SARAWAK

Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 2015 telah diadakan Perarakan mengelilingi Kampung Pusa yang bermula menuju ke Kampung Hilir dan Seterusnya Ke Kampung Hulu Pusa sehingga perarakan diakhiri di Masjid Kampung Pusa untuk melangsung Majlis Khatamal Quran yang memperdengarkan bacaan bacaan ayat suci Al-Quran.

Perarakan pada hari itu juga yang melibatkan beberapa Tandu @ Jong yang dihias indah yang menempatkan perserta - peserta Khatamal Al-Quran yang akan diarak mengelilingi kampung sebagai satu acara yang merupakan adat warisan bagi meraikan Majlis -majlis terutama majlis sambutan Maulidur Rasul ini.

Perarakan turut dimeriahkan dengan paluan hadrah dan  alunan dzikir - dzikir munajat yang memuji kebesaran Allah swt serta salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

Pertandingan Jong atau tandu yang terbaik turut diadakan pada majlis itu.

Perarakan pada sambutan Maulidur Rasul 2015 turut melibatkan penyertaan anak - anak muda yang turut menyumbangkan keringat dalam kerja - kerja memikul jong @ tandu serta membawa perhiasan nasi pulut dan bendera serta banyak lagi.

Perarakan yang bermula seawal pagi menarik minat penduduk seluruh kampung yang menunggu beramai  ramai sepanjang jalan bagi menyaksikan perarakan yang berlangsung yang turut disertakan dengan dzikir marhaban dari para perserta perarakan.































 





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my