Monday, December 14, 2015

THE SPRING NUTCRAKERS CHRISMAST DI THE SPRING SHOPPING MALL DI KUCHING SARAWAK


THE SPRING NUTCRAKERS CHRISMAST DI THE SPRING SHOPPING MALL DI KUCHING SARAWAK

Hujung minggu yang lepas saya berkunjung  ke The Spring Shopping Mall setelah agak lama tidak mengujungi Shopping Mall ini.Menarik nya kunjungan saya pada kali ini kerana seperti kelazimannya The Spring akan mengaturkan tema - tema tertentu setiap kali musim perayaan di Kuching Sarawak ini.
Tidak lama lagi menjelang 25 Disember 2015 masyarakat yang menganuti agama Kristian akan merayakan sambutan Hari Natal atau kebiasaannya di sebut Hari Krismas.Maka bagi menyambut kedatangan Hari Krismas tersebut pihak pengurusan The Spring Shopping Mall telah mengaturkan satu tema untuk didedikasikan kepada seluruh pengunjung mereka yang mana sedang membuat persediaan menyambut kedatangan perayaan tersebut.

The Spring Nutcraker Cristmas adalah tajuk tema yang dipilih oleh The Spring Shopping Mall pada tahun ini.The Spring Shopping Mall telah menyediakan pelbagai slot menarik untuk mempersembahkan tema tersebut kepada pengujung dengan menempatkan watak - watak alam fantasi yang berupa patung - patung askar,snowman dan pelbagai lagi watak - watak lain.

Selain itu juga pelbagai acara dan program turyut diaturkan kepada pengunjung yanh datang di samping outlet - outlet yang turut mengadakan promosi dan tawaran harga bersempena dengan Hari Krismas yang akan datang.

Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkenaan dengan tema The Spring Nutcrakers Chrismast ini,anda bolehlah mengunjungi website www.thespring.com.my atau untuk mengetahui event - event yang sedang berlangsung dan juga maklumat lainnya.

Mari kita ke The Spring Shopping Mall untuk merasai sendiri pengalaman Krismas yang menarik ini.

























































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: