Thursday, December 10, 2015

SELAMAT DATANG KE PUSAT REHAT MID-LAYAR @ ULU LAYAR BETONG SARAWAK


SELAMAT DATANG KE PUSAT REHAT ULU LAYAR BETONG SARAWAK

Hujung minggu yang lepas saya pulang ke kampung halaman saya bersama dengan keluarga saya.kampung saya yang terletak di bahagian Betong mengambil masa kira - kira 4 jam perjalanan dari Bandar Kuching.Salah satu tempat yang menarik di bahagian Betong adalah Pusat Rehat Mid-layar nya yang terletak di tengah - tengah perjalanan jalan Kuching-Miri.


Pusat Rehat ini juga menyediakan pelbagai Kemudahan untuk orang ramai.Surau merupakan satu kemudahan untuk mereka yang singgah di sini.



Selain itu,Lokasi nya yang bersebelahan dengan Stesen Petronas menyenangkan mereka yang melalui perjalanan yang jauh untuk mengisi minyak yang mencukupi untuk meneruskan perjalanan mereka ke destinasi masing - masing.Sebelum itu mereka biasanya akan singgah ke Pusat Rehat Mid-Layar dahulu untuk merehatkan diri sambil menikmati juadah dan masakan yang disediakan untuk pengujung di gerai - gerai makanan Islam yang terdapat di Pusat rehat Mid- layar ini.



Terdapat juga sebuah kedai runcit yang menyediakan pelbagai pilihan makanan ringan untuk bekalan sepanjang perjalanan dan turut terdapat di sini adalah kuih tradisional,jeruk dan minuman ringin untuk kesegaran sepanjang perjalanan.


Paling menarik dan merupakan bahagian yang saya paling suka adalah Pusat Rehat ini sering menjadi persinggahan penunggang motor besar atau Superbike yang sering berkonvoi dan berulang alik semasa hujung minggu di Jalan Kuching Miri ini.

Kebetulan pada minggu yang lepas telahpun selesai berlangsung SIBU BIKES WEEK 2015 yang berlangsung di Bandar Sibu Sarawak yang mana menghimpunkan pengikut sukan motor dan penggiat motor besar dari seluruh Sarawak malah ada yang datang dari jauh seperti negera Indonesia,Brunei dan Sabah untuk menyertai program yang berprestij ini.

Sepanjag perjalanan ke Kuching pada hujung minggu yang lepas saya sempat mengambil beberapa buah gambar motor - motor besar ini yang singgah untuk berehat dan terdapat pelbagai jenis motor dari pelbagai jenama yang kita boleh saksikan yang mana sangat menarik perhatian umum.Ada juga mereka yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar bersama motot - motor besar ini.





















 






OK.. kita sambung lagi...

TARIKAN UTAMA DI PUSAT REHAT MID-LAYAR BETONG SARAWAK 

Menariknya di Pusat Rehat inui terdapat beberapa segmen yang memberikan satu pemandangan yang sangat menenangkan untuk para pengujung.. di sini terdapat kolam ikan yang menempatkan ikan talapia untuk tatapan umum sambil menghilangkan lelah.



Siapa yang masih ingat pada post yang saya yang lepas berkenaan dengan TANDAS AWAM SEDC ini ?
Sebelum inis  saya pernah kongsikan kepada anda tentang tandas awam yang indah dan menarik ini

Baca Juga : TANDAS AWAM SEDC ULU LAYAR BETONG  .



Tandas Awam ini sering menjadi perbualan orang ramai yang pernah berkunjung ke Pusat Rehat Mid-layar ini kerana perhiasannya yangs sangat menarik unik dan indah.Malah keunikan tandas awam ini pernah mendapat liputan beberapa media di Malaysia yang tertarik dengan keunikan tandas awam ini.

Penghargaan harus diberikan kepada penjaga selaku penyelenggara tandas awam ini sehingga menjadi tandas yang indah dan menarik ini. Saudara ELI menterjemahkan komitmen dan mesej yang beliau ingin sampaikan kepada orang ramai dengan menggubah perhiasan yang sangat menarik di sekitar kawasan tandas selain itu beliau juga mencerminkan tentang pentingnya menjaga kebersihan dan kebersihan itu menampilkan kecantikan dan keindahan pada mata yang memandang.

 




































GERAI - GERAI MAKANAN ISLAM DI PUSAT REHAT MID-LAYAR BETONG SARAWAK

Setelah melalui perjalanan yang jauh dan memenatkan kebiasaannya perut akan menjadi lapar.Oleh itu Pusat Rehat Mid-layar juga turut terdapat gerai - gerai makanan islam yang menyajikan makanan yang enak - enak dan lazat - lazat.Anda sebutkan sahaja apa makanan yang anda inginkan terutama makanan ala kampung dan ala-carte gerai - gerai makanan di sini akan cuba memenuhi pilihan anda sebaik mungkin.Apa yang penting..SEDAP ! dan puas hati.... sambil - sambil anda menikmati ketenangan pemandangan gunung ganang di sekitar kawasan ini.

Berikut adalah sebahagian gerai - gerai makanan yang terdapat di sini.











PESERTA SIBU BIKES WEEKS 2015 DI PUSAT REHAT MID-LAYAR BETONG SARAWAK.

Seperti yang saya nyatakan tadi.. kebetulan pada hujung minggu tersebut telah selesai berlangsung SIBU BIKES WEEK 2015 yang menghimpunkan ribuan bikers - bikers dari seluruh Sarawak,Brunei,Sabah dan Indonesia.Sepanjang perjalanan anda akan banyak menjumpai motor - motor besar yang dalam perjalanan pulang ke destinasi masing - masing.

Sepanjang di Pusat Rehat Mid-Layar saya sempat menyaksikan beratus - ratus motosikal berkuasa tinggi yang mula menyinggahi pusat rehat untuk berehat dan mengisi minyak mereka sebelum meneruskan perjalanan.

Sementara itu saya sempat mengambil beberapa gambar motosikal - motosikal berkuasa tinggi tersebut untik di kongsikan kepada anda semua.





























Sekalli, tonton video berikut yang saya ingin kongsikan untuk semua semasa saya singgah di Pusat rehat Mid - Layar Betong,Sarawak.



JEMPUT DATANG KE PUSAT REHAT MID-LAYAR BETONG SARAWAK.
"Rasai kelainannya"



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: