Friday, December 18, 2015

SEJARAH DAN ASAL-USUL KETUPAT DALAM MASYARAKAT KITA


SEJARAH DAN ASAL-USUL KETUPAT DALAM MASYARAKAT KITA

Ketupan merupakan suatu identiti yang sering dikatkan dengan perayaan seperti Hari Raya Aidilditri dan sesetengah masyarakat kita sering juga menjadikan ketupan sebahagian dari elemen dalam keraikan.Terutamanya di musim merayakan Aidilfitri setiap rumah akan menghidangkan ketupat bersama dengan lemang dan hidangan yang lain seperti rendang dan sebagainya.

Ketupat secara umumnya adalah sejenis hidangan atau makanan yang terdiri dari anyaman daun kelapa atau pandan yang berisi beras di dalamnya.Makanan ini memang nampak sederhana dan merupakan antara hidangan utama di Hari Raya Aidilfitri.Namun,Pernahkah kita terfikir Bagaimanakah ketupat dikaitkan dengan hari raya aidilfitri ? dan dari mana sebenarnya asal usul ketupat.


SEJARAH DAN ASAL - USUL KETUPAT

Sejarah menyatakan asal - usul ketupat diperkenalkan oleh Sunan Kalijaga semasa kemasukan Agama Islam ke Tanah Jawa.Beliau membudayakan dua kali Bakda iaitu bakda lebaran dan Bakda Kupat.Bakda Kupat dimulakan seminggu sesudah hari raya atau lebaran. Pada hari yang disebut Bakda Kupat tersebut, di tanah Jawa  waktu itu setiap rumah akan menganyam ketupat yang diperbuat dari daun kelapa muda.

Seterusnya ketupat yang selesai dimasak akan dihantarkan kepada mereka yang lebih tua sebagai simbolik kepada sebuah kebersamaan atau perhubungan atau jalinan sillaturahim.


 CIRI - CIRI KETUPAT DAN MAKSUDNYA

 Para penyelidik sejarah berpendapat,Ciri - ciri pada ketupat itu sendiri  memiliki beberapa maksud yang tersirat

Anyaman daun pada bungkus ketupat mencerminkan berbagai macam kesalahan dan dosa manusia.

Nasi pulut yang putih melambangkan kebersihan dan kesucian hati setelah memohon keampunan dari segala kesalahan.

Kesuluruhan bentuk dan ciri - ciri ketupat itu sendiri menterjemahkan ciri - ciri kesempurnaan,


SIMBOLIK PADA PEMBUATAN KETUPAT

Simboliknya ketupat dihubungkan dengan kemenangan umat Islam setelah sebulan menjalankan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan dan seterusnya disambut bermula 1 Syawal di Hari Raya Aidilfitri.

Ketupat pada masa dahulu kebiasaannya dihidangkan dengan lauk yang bersantan, maka dalam pantun Jawa pernah menyebut “Kupat santen”, Kula lepat nyuwun ngapunten yang bermaksud "saya salah mohon maaf".

Sebagai tambahan, penggunaan janur sebagai kemasan juga memiliki makna yang tersembunyi. Janur dalam bahasa Arab yang berasal dari kata “jaa a al-nur” bermaksud “telah datang cahaya”. Manakala masyarakat Jawa menyebut janur dengan sebutan “sejatine nur” (cahaya) . Dalam arti lebih luas janur berarti keadaan suci manusia setelah mendapatkan pencerahan cahaya selama sepanjang bulan Ramadhan.


KETUPAT DAN TRADISI MASYARAKAT JAWA

Ketupat juga berkait rapat dengan tradisi Masyarakat Jawa menjelang 1 syawal.Ketupat yang mempunyai bentuk empat segi memberi maksud “laku papat” dalam bahasa Jawa atau empat tindakan yang diperkenalkan oleh Sunan Bonang.

"Laku papat" atau empat tindakan tersebut adalah lebaran, luberan, leburan dan laburan yang memberikan maksud - maksud yang tertentu

Lebaran, dari kata "lebar" yang berarti selesai. ianya menunjukkan bahwa 1 Syawal adalah tanda selesainya menjalani puasa. Oleh kerana itu juga wujudnya sebutan lebaran yang dikatikan dengan hari raya pada masa kini.Perumpaan juga merujuk kepada ketupat yang boleh dimakan setelah dimasak dalam santan yang putih.

Luberan, berarti melimpah.ibarat air dalam tempayan yang  isinya melimpah,sehingga tumpah ke bawah atau tanah.Simbol yang menyampaikan maksud pesanan untuk berzakat atau memberikan sebahagian daripada harta kepada fakir miskin atau golongan yang susah dengan sedekah secara ikhlas seperti tumpah atau "luber"nya air dari tempayan tersebut.Simbolik ini juga ditunjukkan semasa pengisian beras ke dalam ketupat sebelum dimasak.
Leburan membawa maksud semua kesalahan dapat dileburkan dan dapat dimaafkan pada hari yang mulia tersebut tersebut.Juga merujuk kepada beras yang mentah menjadi nasi pulut yang putih dan bersih setelah dimasak dan menjadi manfaat makanan kepada kita.

Laburan. Di Jawa, labur (kapur) adalah bahan untuk memutihkan dinding.Sifat Labur ( kapur ) yang putih yang dikaitkan  Ini sebagai simbol yang memberikan peringatan untuk senantiasa menjaga kebersihan diri secara zahir dan batin yang merujuk kepada amalan yang suci dan ikhlas kerana Allah semata - mata.


PERINGATAN DAN PESANAN DISEBALIK PEMBUATAN KETUPAT

Selama ini kita mungkin tidak menyedari tentang perkara ini malah ianya sekadar simbolik kosong dalam menyambut perayaan.Sekiranya kita meneliti kembali sejarah ketupat,ianya merupakan sati identiti yang menyampaikan maksud dan pengertian yang mendalam yang harus dihayati bersama.

Kebiasaannya juga setelah melaksanakan leburan (saling maaf memaafkan) kita juga dipesan dan diperingatkan untuk menjaga sikap dan tindakan yang baik, sehingga dapat mencerminkan budi pekerti yang baik.

Hakikatnya ketupat itu sendiri menyampaikan pesanan yang sangat mendalam untuk menjadi manusia yang suci dan memartabatkan akhlak yang tertinggi dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah Yang Maha Agung.
 




 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




No comments: