Monday, December 28, 2015

PERASMIAN DAN PEMBUKAAN GIANT MALL PETRAJAYA , KUCHING SARAWAK





PERASMIAN DAN PEMBUKAAN GIANT MALL PETRAJAYA , KUCHING SARAWAK

Giant Mall pada 19 Disember 2015 yang lepas telah merasmi dan membuka sebuah lagi Pasarayanya yang terletak di tapak lokasi Choice Super Mall Petra Jaya yang lama.Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Abang Bin Tun Abang Haji Openg,Menteri Perumahan Dan Menteri Pelancongan Negeri Sarawak.

Giant Mall Petrajaya merupakan Pasaraya yang terbesar pernah dibina oleh Giant Mall dengan keluasan tapak 320,416 kaki persegi dan keluasan bangunan 64,000 kaki persegi menjadikan ianya sebagai Ibu Pejabat Pengoperasian Pasaraya Besar Giant untuk Negeri Sarawak.

Pembinaan Giant Mall Petrajaya menurut anggaran menelan kos sebanyak 128 Juta untuk menyiapkannnya lebih awal berbanding jangkaan sebenar untuk menyiapkannya adalah pada 2016.

Ianya menunjukkan komitmen Pihak Giant Retail (M) Sdn Bhd sangat memberikan yang terbaik pada pelanggan melalui produk - produk yang kebanyakkan memberikan harga yang sangat berpatutan.

Selain itu,Giant Mall Petra Jaya juga menjadikan pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan harian yang pastinya akan menyaingi tawaran - tawaran yang dibuat di tempat lain.Saya percaya lokasi yang sangat trategik menjadikan Giant Mall Petrajaya adalah antara lokasi yang akan menjadi tumpuan ramai yang ingin mendapatkan keperluan di samping membeli belah barangan - barangan yang menarik di dalamnya.

Semasa berlangsungnya hari pertama pembukaan Giant Mall Petra Jaya saya meninjau sekitar Giant Mall Petra Jaya dan saya ingin kongsikan bersama dengan anda semua apa yang terapat di dalam Giant Mall Petra Jaya ini.

Maklumat yang selanjutnya berkenaan dengan Giant di seluruh Malaysia anda boleh melayari www.giantmalls.com.my.





























































































































































Selain itu,terdapat banyak lagi tarikan di Giant Mall Petra Jaya ini.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: