Wednesday, December 23, 2015

TOYOTA MIRAI KERETA KOMERSIAL PERTAMA DI DUNIA YANG MENGGUNAKAN AIR


TOYOTA MIRAI KERETA KOMERSIAL PERTAMA DI DUNIA YANG MENGGUNAKAN AIR 

Sebelum ini penggiat dan pengkaji teknologi hijau melalui bidang automotif telah banyak mengeluarkan prototaip - prototaip kereta seumpamanya yang menggunakan air sebagai sumber penjanaan tenaga untuk menggerakkan kenderaan.Ternyata kajian dan penyelidikan yang dijalankan tidak menjadi sia - sia sehingga terhasilnya kereta yang menggunakan Fuel Cell Vehicle ( FCV ) seperti Mirae.

Toyota Mirae merupakan antara kenderaan komersial komersil keluaran Syarikat dari Negara Jepun yang merupakan antara yang pertama dihasilkan untuk pasaran global.


Mirai atau  terjemahannya bermaksud "masa depan" adalah sebuah kenderaan sel bahan api hidrogen yang pertama di komersilkan Mirai telah diperkenalkan pada November 2014 Los Angeles Auto Show.

Syarikat Pengeluar Kereta jenama Toyota merancang untuk membina 700 buah lagi kenderaan seumpamanya untuk jualan global pada 2015 atau 2016.
Di bawah 
United States Environmental Protection Agency (EPA) , Pada tahun 2016 model Mirai dijangkakan mampu mencapai jarak perjalanan 502 km (312 batu) dengan tangki penuh, dengan perjalanan di lebuh raya.Perjalanan bagi 3.6 L / 100Km menjadikan Mirai adalah  kereta yang paling cekap dan efiktif mengikut penilaian EPA sebagai jarak yang paling jauh.

 Jualan di Jepun telah dimulai pada 15 Disember 2014 pada harga ¥ 6700000 (US $ 57,400) di Toyota Store dan Toyopet Store. Kerajaan Jepun juga merancang untuk menyokong pengkomersialan kenderaan seumpamanya dengan subsidi sebanyak ¥ 2 juta bersamaan dengan US $ 19,600 

Jualan Kereta tersebut juga telahpun memasuki pasasan Amerika Syarikat bermula pada bulan Ogos 2015 pada harga US $ 57,500 dengan memulakan urusan tempahan. Penghantaran kereta kepada pelanggan yang membuat tempahan dimula di California pada Oktober 2015. 

Syarikat Toyota juga dijadual mengumumkan Mirai di Amerika Timur Laut pada separuh pertama tahun 2016. Perasmian pembukaan pasaran di Eropah juga telah dijadualkan pada September 2015 yang lepas, yang mana sasaran awal pasaran hanya di UK sahaja seterusnya Jerman dan Denmark dann diikuti oleh negara-negara lain pada tahun 2017. 


Harga di Jerman bermula pada € 60,000 bersamaan US $ 75,140  dan harga termasuk VAT atau GST adalah € 78,540

Kita sememangnya memerlukan teknologi sebegini untuk menyokong kempen hijau yang memacu seluruh dunia ke arah persekitaran yang lebih bersih dan selamat seterusnya untuk warisan anak - anak dan generasi kita yang akan datang.

Semoga akan lebih banyak teknologi sebegini yang akan dibangunkan pada masa yang akan datang.   


RINGKASAN SPESIFIKASI TOYOTA MIRAE
Sumber : Wikipedia


Manufacturer      Toyota
Production 2015-present
Assembly Japan: Toyota, Aichi (Motomachi plant)      
Body and chassis
Class Mid-size
Body style 4-door sedan
Layout Front-engine, front-wheel-drive layout
Related Toyota FCV concept
Powertrain
Electric motor Fuel cell-powered 113 kW (152 hp) 335 N·m (247 lbf·ft)                                                                 
Transmission 1-speed Prundletronic
Battery 1.6 kWh Nickel-metal hydride
Range 502 km (312 mi) (EPA)
Dimensions
Wheelbase 2,780 mm (109.4 in)
Length 4,890 mm (192.5 in)
Width 1,815 mm (71.5 in)
Height 1,535 mm (60.4 in)
Curb weight 1,850 kg (4,078.6 lb)

 



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

No comments: