KITA BEREHAT DULU DI PERSINGGAHAN MENARIK DI PEKAN LACHAU SARAWAK.
PEKAN LACHAU merupakan sebuah pekan yang terletak di Bahagian Sri Aman Sarawak yang sebahagian besarnya dihuni oleh masyarakat kaum bumiputera Iban Sarawak.Pekan ini yang wujud sekian lama semenjak saya kecil lagi merupakan sebuah pekan yang terletak di laluan utama jalan KUCHING-MIRI yang sering menjadi sebuah persinggahan untuk mereka yang dalam perjalananan dan melalui jalan tersebut.
Sekali sebut memang menjengkelkan bagi yang tidak biasa menyebut takut tersalah sebut.. hehehe..
Saya sempat bertanya kepada salah seorang penduduk tempatan Pekan Lachau yang menceritakan nama Lachau diamabil bersempena dengan nama sejenis cicak hutan
Pekan Lachau dikurniakan dengan kekayaan hasil hutan dan alam semulajadinya yang menjadikan Pekan lachau sebagai "syurga Ikan" bagi penggemar ikan.hasil alam semula jadi banyak dijual oleh penduduk tempatan di sini untuk dibeli oleh pengunjung pekan ini.
Pekan Lachau sememangnya menjadi tumpuan persinggahan bagi mereka yang ingin membeli hasil pertanian dan ikan - ikan yang dibawa oleh penduduk yang mendiami kawasan berdekatan.
Kebanyakan jualan - jualan hasil hutan dan pertanian serta ikan - ikan di sini dijual dengan harga yangsangat murah dan berpatutan berbanding di kebanyakkan tempat kerana hasil - hasil alam yang dijual di sini adalah dijual secara langsung kepada pengujung oleh mereka tanpa melibatkan orang tengah.
Beginilah sebahagian dari pemandangan Pekan Lachau yang tidak pernah pernah lengang dengan kunjungan orang ramai yang mingin melihat dan membeli jualan yang terdapat di sini.
Jika anda perasan terdapat Surau yang di sediakan oleh Pihak Majlis Daerah Sri Aman melalui pengurus Tandas Awam untuk orang ramai yang berkunjung di sini dan untuk pengetahuan anda juga terdapat sebahagian penduduk dari Kaum Bumiputera Iban di sini adalah beragama Islam kerana itulah disediakan surau untuk memudahkan mereka menjalani Ibadah Solat.
Toleransi dalam kepercayaan agama di Sarawak merupakan contoh yang terbaik dan sering mendapat pujian dari pelbagai sudut dan segenap masyarakat yang mengunjungi Negeri Sarawak.
Selain itu, ikan ikan kering yang ikan masim serta pekasam ikan turut menjadi jualan di sini untuk penggemar ikan - ikan ini.
Seterusnya kita lihat antara hasil - hasil alam semulajadi yang melimpah dan banyak dijual di sini untuk tatatan orang ramai.Antara yang sangat menjadi tumpuan adalah buah Engkala ( Litsea garciae ) dan juga buah dabai ( Canarium odontophyllum ) serta banyak lagi buah - buahan serta beberapa jenis sayur - sayuran yang menarik.
Selain itu turut dijual adalah pakaian tradisional Masyarakat Bumiputera Iban yang boleh dijadikan kenang - kenangan dan cenderamata semasa kunjungan ke Sarawak.
Jom kita lihat apa yang ada dijual di sepanjang Pekan Lachau ini.
Pekan Lachau adalah antara pekan yang paling awal membangun semenjak jalan utama dibina untuk menghubungkan seluruh bahagian di Negeri Sarawak.Semenjak bertahun yang lama dari saya kecil lagi Pekan Lachau ini telah sekian lama membangun menjadi persinggahan kepada orang ramai.
Tonton sedutan video yang sempat saya rakamkan di Pekan Lachau untuk semua.
MARI SINGGAH KE PEKAN LACHAU,SRI AMAN SARAWAK
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment