Tuesday, January 19, 2016

10 RESTORAN TERBAIK SELURUH DUNIA DARI SENARAI LA LISTE


10 RESTORAN TERBAIK  SELURUH DUNIA DARI SENARAI LA LISTE

PENGENALAN MENGENAI LA LISTE

La Liste Merupakan sebuah laman web yang mengandungi database tentang restoran - restoran seluruh dunia dengan mengambil kira penilaian tertentu dengan cara yang tertentu untuk menyenaraikan restoran - restoran tersebut mengikut skor yang telah ditetapkan mengikut cara yang tersendiri.

Database ini juga mengambil kira penilaian berdasarkan rujukan dari lebih 200 buah buku panduan dan sumber - sumber terbitan dari pelbagai sumber media dan majalah.Selain itu,penilaian ini turut mengambil kira pendapat - pendapat beribu chef - chef restaurant mengenai buku - buku panduan dan sumber - sumbernya.

La Liste merupakan satu website yang sangat berpengaruh dan sering dijadikan rujukan bagi mereka yang mempunyai citarasa yang terbaik dan tersendiri terhadap pemilihan restoran yang terbaik dari seluruh dunia dan semestinya mereka yang menginginkan persembahan hidangan yang terbaik dari seluruh dunia pastinya akan mencari senarai restoran terbaik untuk mendapatkan kepuasan dalam setiap hidangan.

Untuk mengetahui senarai -senarai restoran tersebut anda boleh melayari www.laliste.com untuk mengetahui senarai terbaru restoran - restoran terbaik dalam penilaian mereka.

Berikut merupakan 10 restoran yang terbaik dari seluruh dunia yang disenaraikan dalam La Liste dari 1000 buah restoran yang disenaraikan mengikut penyenaraian sehingga Januari 2016.

10 RESTORAN TERBAIK SELURUH DUNIA DARI SENARAI LA LISTE
 
1 Restaurant de l'Hotel de Ville, Crissier, Switzerland


2 Per Se, New York


3 Kyo Aji, Tokyo


4 Guy Savoy, Paris


5 Schloss Schauenstein, Furstenau, Switzerland


6 El Celler de Can Roca, Girona, Spain

7 Kyubei, Tokyo

8 Maison Troisgros, Roanne, France

9 Auberge du Vieux Puits, Fontjoncouse, France

10 Joel Robuchon, Tokyo


Untuk mengetahui senarai penuh yang terkini 1000 buah restoran yang disenaraikan oleh La Liste mengikut penilaian yang terkini anda boleh melihatnya di sini


HASIL YANG TERBAIK HANYA DATANG DARI YANG TERBAIK

AZLAN RUMADI 
www.azlanrumadi.blogspot.my


Friday, January 15, 2016

TIPS - TIPS UNTUK MEMBANTU SESEORANG YANG SEDANG PENGSAN

TIPS - TIPS UNTUK MEMBANTU SESEORANG YANG SEDANG PENGSAN

Kita Sering ketawa apabila menonton babak - babak pengsan yang dilakonkan di dalam kebanyakkan televisyen dengan menganggap ianya adalah sesuatu yang melucukan.Namun sekiranya ianya berlaku secara realiti sebenar percayalah bahawa ianya bukanlah sesuatu perkara lawak yang hanya dipandang ringan kerana ianya mampu dan boleh melibatkan masalah kesihatan atau perubatan yang serius dan mungkin boleh membawa maut.

BAGAIMANA PENGSAN BOLEH BERLAKU ?

Pengsan secara amnya merujuk kepada hilang kesedaran secara tiba - tiba atau mengejut.Pengsan kebiasaan berlaku apa otak tidak menerima oksigen,darah atau gula yang mencukupi atau kehilangan salah satu atau ke tiga - tiganya sekali.

Dari definisi sawan pula pengsan berlaku akibat kejutan atau lonjakan impuls elektrik yang berasal dari otak.

Pengsan kebiasaannya berlaku atau tercetus kerana dua faktor utama iaitu berkenaan dengan faktor aktiviti darah ataupun tekanan emosi pada tahap melampau atau ekstrem.Istilah perubatan juga menyebut ianya sebagai "Vasonagal Syncope".

Dalam keadaan tertentu,Saraf vagal ( dari otak ) menyebabkan kadar degupan jantung dan tekanan darah menurun dan menybabkan aliran darah ke otak juga berkurang.Memandangkan darah penting untuk membawa oksigen ke otak,kekurangan aliran darah ke otak mampu atau boleh menyebabkan anda pengsan,tidak sedarkan diri atau " padam".

Apabila seseorang sedang pengsan,kebiasaannya tubuh yang berdiri secara sendirinya akan berada pada kedudukan berbaring tidak mengira posisi mana pun.Keadaan ini secara semula jadinya akan membantu darah mengalir ke otak tanpa perlu di pam dengan melawan arah graviti.

Kebanyakkan kes - kes yang mellibat orang pengsan adalah tidak merbahaya namun tidak boleh dipandang ringan kerana sesetengah yang melibatkan faktor yang serius mampu membawa maut kepada orang yang pengsan.Masalah yang dimaksudkan adalah degupan jantung yang tidak teratur,epilepsi,kurang kandungan gula dalam darah,kehilangan darah secara tiba - tiba dan serangan jantung yang mana perlu lah dirujuk kepada pengamal perubatan atau doktor untuk nasihat dan maklumat.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA MELIHAT SESEORANG PENGSAN ?

Berlawanan dengan apa yang anda lihat di kaca TV anda tidak perlu melakukan perkara - perkara seperti menampar mangsa,atau menggoncang badannya ataupun memercikkan air ke muka mangsa yang pengsan.Ini kerana mangsa yang pengsan akan tersedar secara sendirinya setelah otak menerima nutrien yang mencukupi termasuk juga oksigen.

Cara yang terbaik adalah dengan membuat CPR ( Cardio Pulmonary Resuscitation ) yang kebiasaan dikenali sebagai teknik bantuan pernafasan kepada orang pengsan dan pilihan yang lain adalah  AED (Automated External Defibrilator )  iaitu sejenis perantik elektrik yang mengesan ritma jantung dan bagi menyampaikan sejenis kejutan elektrik ke jantung bagi menstabilkan degupan jantung ke paras normal jika terdapat keperluan.

Secara medikal untuk membuat CPR yang berkesan adalah dicadangkan untuk melaksanakan prosedur dengan akronim D-R-S-A-B-C .

D (Danger) - Pastikan kawasan kejadian adalah selamat untuk diri sendiri dan orang atau mangsa yang memerlukan bantuan.

R (Response) - Bercakap dengan mangsa dengan bertanyakan beberapa soalan untuk menguji sekiranya mangsa memberi respon atau sebaliknya.Sekiranya terdapat respon,anda cuba selesakan mangsa sebaik mungkin.Sekiranya tiada respon,dapatkan bantuan dengan segera.

 
S (Shout - meminta pertolongan) - Menjerit meminta tolong atau meminta seseorang untuk menghubungi talian kecemasan atau ambulan utuk mendapatkan bantuan segera.


A (Airway) - Periksa saluran udara atau pernafasan mangsa/orang itu untuk memastikan tidak ada 

                     tersumbat.

B (Pernafasan) - Periksa pernafasan. Jika pernafasan tidak normal, mulakan CPR. Jika bernafas normal, terus memantau pernafasan dan memeriksa kecederaan.


C (Circulation) - Periksa nadi dan periksa juga pernafasannya. Kebiasaannya, jika tiada pernafasan, ia boleh dianggap bahawa ada juga tiada nadi, dan anda perlu memulakan CPR dengan segera :

 30 tekanan dada untuk setiap 2 nafas. Anda perlu melakukan CPR sehingga bantuan tiba atau orang yang pengsan telah pulih atau tersedar.

sumber


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

KHLOE KARDASHIAN BERKONGSIKAN 5 TIPS MUDAH YANG MEMBANTU BELIAU MENGURANGKAN BERAT BADAN SEHINGGA 40 POUND


KHLOE KARDASHIAN BERKONGSIKAN 5 TIPS MUDAH YANG MEMBANTU BELIAU MENGURANGKAN BERAT BADAN SEHINGGA 40 POUND

Khloe Kardashian atau nama penuh beliau Kloe Alexandra Kardashian merupakan bintang rancangan reality yang tidak asing lagi semenjak muncul pada pertama kali menerusi rancangan realiti televisyen Keeping Up With The Kardashians.

Beliau lahir di Los Angeles,California pada 27 Jun 1984.Beliau mempunyai dua orang kak iaitu Kortney dan Kim.Beliau telah berkahwin dengan bintang sukan Bola keranjang Lamar Odom pada September 2009 sebulan selepas pertemuan mereka.

baru - baru ini Khloe Kardishian membuat penampilan yang mengejutkan dengan penampilan baru yang agak langsing menjadikan beliau melonjak ke carta teratas dalam caian internet seluruh dunia.

Penurunan dan perubahan bentuk badan beliau menjadi inspirasi dan motivasi kepada ramai pihak seterusnya menjadikan beliau buruan para wartawan yang ingin mengetahui rahsia penurunan berat badan beliau.

Semasa temu ramah bersama Khloe oleh beberapa wartawan dan media,beliau sempat memberikan tips - tips yang berguna yang menjadi asas dalam usaha beliau mencapai antara bentuk tubuh yang menjadi idaman dan igauan para lelaki di seluruh dunia.

terdapat 5 tips penting yang beliau kongsikan seperti berikut.

1. SNEK SIHAT,BERKHASIAT DAN MUDAH.

Ketika lapar beliau sentiasa menyediakan snek yang berkhasiat ketika lapar.Jika sebelum ini beliau sering dan gemar memilih snek seperti cookies berbanding potongan sayuran namun sekarang tiada lagi alasan untuk beliau mengubah kepada snek yang lebih sihat malah lebih baik untuk kesihatan dan tubuh badan.

2. MEMINUM BANYAK AIR

Beliau menjelaskan air banyak membantu membersih dan menyingkirkan apa - apa yang tidak diperlukan dalam badan.Selain itu,ianya amat baik untuk kesihatan dan menjadikan hari - hari anda bertambah baik.Sambil bergurau beliau menjelaskan sepanjang di Hospital pada masa yang lalu, beliau hanya meminum air seperti ikan.hehe..

3.  MENGEHADKAN PENGMBILAN MAKANAN SEMASA KELUAR

Kehidupan beliau yang melibatkan pertemuan dengan ramai orang adalah tidak dapat dielakkan.malah beliau mengakui beliau ada kalanya akan mengambil makanan seperti pizza atau kek termasuk juga M & M malah beliau sekali sekala akan minum namun jumlah nya dikurangkan kepada hanya segelas dua dan amatlah perlu untuk mengenalpasti batas pengambilannya mengikut keperluan badan.

4. KELANGSUNGAN USAHA DENGAN PENGAMBILAN MAKANA POST - WORKOUT

Beliau banyak mengamalkan pengambilan pelbagai buah - buahan dalam membantu diet beliau.Selain itu beliau sentiasa memastikan Protein Shake sentiasa dalam kereta nya setiap kali beliau hendak ke gym untuk melakukan senaman.Beliau membiasakan diri dengannya sebagai sebahagian rutin dalam membantu beliau menjayakan diet beliau sehinggakan beliau tidak dapat menjauhkannya dan akan merasa sesuatu yang kurang sekiranya ianya tertinggal atau terlupa.Hmmmmm..

5. FOKUS KEPADA PEMIKIRAN GAYA HIDUP YANG LEBIH BAIK.

Beliau menjelaskan beliau mempunyai masa panjang yang lebih baik ketika di Gym berbanding dengan masa panjang beliau berada di kedai Pizza.Maksudnya,beliau menjelaskan supaya kita memilih secara bijak dengan mempertimbangkan di mana anda merasa lebih baik dan sihat dalam kehidupan anda dengan mengambil kira tempat - tempat yang mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada diri anda.

  sumber



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



Wednesday, January 13, 2016

INSPIRASI PERHIASAN INAI TANGAN YANG UNIK DAN MENARIK UNTUK WANITA


 INSPIRASI PERHIASAN INAI TANGAN YANG UNIK DAN MENARIK UNTUK WANITA

Berinai dalam kehidupan masyarakat sekarang merupakan sebahagian dari adat dan budaya yang dipercayai berusia 5000 tahun.Jika dilihat dari sejarahnya terdapat beberapa pendapat yang berlainan yang dijelaskan mengenai henna.Perkataan lain bagi inai adalah dari henna dalam bahasa latin yang merujuk kepada sejenis pokok inai yang dikenali sebagai Lawsonia Inermis dan dalam bahasa arab pula di sebut Hinna.

Sebutan lain pula adalah Mehendi dalam bahasa India. Terdapat beberapa sumber sejarah mengatakan Mehendi atau inai atau Henna bermula apabila Orang Mogul membawa masuk tanaman inai ke dalam negara India manakala terdapat juga Sejarawan yang mengatakan bahawa Mehendi atau budaya berinai bermula dari negara India.

Sumber - sumber lain juga ada menyatakan bahawa inai bermula di  Timur Tengah atau Afrika Utara.

Penggunaan Inai juga dikaitkan dengan kepercayaan sesetengah masyarat India untuk melindungi si pemakai dari unsur - unsur kejahatan dan melindungi mereka dari perkara yang tidak diingini.Oleh kerana itu,Inai sering digunakan oleh bakal - bakal ibu yang hendak melahirkan anak ( hamil ) dan juga pasangan pengantin (pernikahan ).


Namun begitu perubahan zaman banyak merubah kebudayaan dengan menjadikan inai sebagai perhiasan harian bagi wanita dan semakin berkembang sebagai satu bidang komersial yang boleh dianggap mempunyai unsur - unsur seni yang tersendiri.

Inai pada masa kini bukan sahaja mendapat tempat di hati orang ramai malah turut mendapat perhatian seluruh dunia tidak mengira kaum,bangsa dan agama sebagai satu perhiasan yang menarik dan sesetengah pelukis inai turut merasakan ianya menyampaikan maksud perpaduan dalam karya seni yang halus ini.

Inai pada kini sering dijadikan perhiasan wanita - wanita dari seluruh dunia malah ada dikalangan mereka yang sanggup mengeluarkan belanja yang agak besar bagi mendapatkan rekaan lukisan inai yang terbaik untuk memenuhi kepuasan dan cita rasa masing - masing.

Sebelum ini juga saya pernah membuat secara ringkas perkongsian mengenai inai dalam Post yang bertajuk " KESENIAN LUKISAN INAI TANGAN YANG BERSENI CANTIK DAN HALUSdi mana dalam post tersebut saya menerangkan secara ringkas mengenai inai.

Pada perkongsian kali ini saya kongsikan lebih banyak lukisan inai tangan yang boleh dijadikan inspirasi dan rujukan kepada peminat atau pengamal lukisan inai ini.

 Kepada pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan terutama pengantin perempuan semestinya inginkan perhiasan inai yang terbaik dengan rekaan corak yang terbaik.Untuk pengetahuan kebanyakan corak inai yang digunakan adalah bertemakan tumbuh - tumbuhan yang halus serta dimasukkan corak - corak seni yang menarik.

Namun begitu perlu juga diingatkan kepada mereka yang beragama Islam untuk tidak membuat tanggapan secara berlebih - lebihan atau memasukkan unsur kepercayaan yang bertentangan dengan syariat agama.Cukup dengan menganggap ianya yang suatu perhiasan wanita.


Tidak dinafikan Inai juga mampu menjadi suatu kesenian yang sangat indah dan cantik sebagai perhiasan wanita.Selain itu inai juga senang untuk didapatkan secara komersial pada masa kini dan mampu didapati di pasaran dengan harga yang sangat berpatutan berbanding dengan cara tradisiomal yang memerlukan anda menjalankan proses proses terntau dalam menyediakan inai dari daun yang dipertik sendiri dari pokok inai.

Dalam dunia yang moden dan maju sekarang,sungguhpun inai hanya bersifat sementara atau tidak kekal kesenian inai pada masa kini mampu melangkah selari dengan industri lukisan tatoo.ini terbukti apabila terdapat ramai pereka fesyen dari seluruh dunia turut memasukkan unsur atau tema corak inai dalam rekaan mereka.

Inai juga mula disesuaikan dengan permintaan pelanggan untuk sesetengah golongan wanita dengan melukis inai bukan sahaja di tangan dan kaki malah di badan.Motif yang dilukiskan dengan inai juga dissesuaikan mengikut citarasa pelanggan dan terdapat juga digabungkan antara motif tradisional dengan moden.

 Apa yang lebih menarik adalah inai selamat digunakan kerana ianya menggunakan bahan organik yang semula jadi serta halal di sisi agama Islam.


  
 





























































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my