Wednesday, January 13, 2016

REKABENTUK ESKLUSIF RUMAH - RUMAH KAMPUNG YANG TAMPAK CANTIK DAN MENARIK

  
REKABENTUK ESKLUSIF RUMAH - RUMAH KAMPUNG YANG TAMPAK CANTIK DAN MENARIK  

Sebelum ini saya juga telah berkongsikan kepada anda semua tentang satu rekaan rumah kampung pada pos yang lalu REKAAN RUMAH KAMPUNG YANG MENGAGUMKAN. Namun pada kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk melihat kembali rekaan rekaan rumah kampung yang sangat menarik dan cantik dengan rekaan dan pemilihan rekaan dan konsep yangt bersesuaian.

Jika melihat kepada beberapa bulan yang sebelum ini, kenaikan harga dan kos dalam sektor pembinaan dan perumahan termasuk juga hartanah yang turut memberikan kesan kepada harga rumah yang dipasarkan oleh syarikat penjualan perumahan di seluruh negara.

Secara tidak langsung ramai pihak terpaksa mencari inisiatif tertentu untuk merealisasikan pemilikan rumah yang semestinya menjadi impian kepada individu atau keluarga.Antara inisiatif yang dilakukan adalah dengan memilih untuk membina rumah dikawasan luar bandar termasuk kawasan kampung - kampung.

Keputusan ini kebanyakkannnya dilakukan oleh mereka - mereka yang memiliki tanah - tanah dikawasan tertentu dan seterusnya membina rumah idaman mereka mengikut rekaan yang mereka mahukan.

Kebanyakan pendapat orang ramai mengatakan rumah kampung agak kolot dan tidak relevan untuk dibina lagi pada zaman moden ini memandangkan ramai rekaan moden yang lebih menarik,futuristik dan canggih.Namun begitu pada pendapat saya rekaan ala kampung lebih cantik dan menarik sekiranya kita bijak dalam memilih konsep dan rekabentuk rumah itu.Malah terdapat unsur warisan adat melayu dalam sesetengah elemen rekaan rumah kampung.

Tidak hairan sekiranya kebanyakan tempat - tempat penginapan di pusat peranginan memilih rekaan ala kampung dalam setiap rekaan rumah penginapan mereka dalam memberikan suasana yang damai dan menenangkan kepada pengunjung - pengunjung mereka yang datang untuk bercuti dan bersantai sambil menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah.

Dalam perkongsian ini saya berkongsikan beberapa rekaan yang boleh dijadikan inspirasi dan ilham kepada mereka yang mempunyai cadangan atau impian untuk membina rumah sendiri di tanah sendiri yang juga berkonsepkan rekabentuk rumah kampung

Rekaan rumah kampung bukan sahaja lebih mudah malah ianya tidak melibatkan kos yang tinggi malah jauh lebih murah berbanding dengan kos membeli sesebuah rumah komersial.Selain itu suasana dipinggir atau luar bandar yang menempatkan rumah anda mampu memberikan suasana yang damai dan tenang.

Apa yang lebih penting penggunakan bahan semula jadi seperti kayu amatlah bersesuaian untuk memberikan pengalaman alam semulajadi yang mampu menyalurkan ketenangan dan kedamaian dalam diri kita.

Selain itu juga anda boleh meletakkan kreativiti anda dengan memasukkan rekaan rumah lama yang lebih menekankan pendekatan seni ukiran lama warisan nenek moyang yang takkan lapuk dek ditelan zaman terutama kepada masyarakat Melayu.


 
































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: