Wednesday, January 13, 2016

INSPIRASI PERHIASAN INAI TANGAN YANG UNIK DAN MENARIK UNTUK WANITA


 INSPIRASI PERHIASAN INAI TANGAN YANG UNIK DAN MENARIK UNTUK WANITA

Berinai dalam kehidupan masyarakat sekarang merupakan sebahagian dari adat dan budaya yang dipercayai berusia 5000 tahun.Jika dilihat dari sejarahnya terdapat beberapa pendapat yang berlainan yang dijelaskan mengenai henna.Perkataan lain bagi inai adalah dari henna dalam bahasa latin yang merujuk kepada sejenis pokok inai yang dikenali sebagai Lawsonia Inermis dan dalam bahasa arab pula di sebut Hinna.

Sebutan lain pula adalah Mehendi dalam bahasa India. Terdapat beberapa sumber sejarah mengatakan Mehendi atau inai atau Henna bermula apabila Orang Mogul membawa masuk tanaman inai ke dalam negara India manakala terdapat juga Sejarawan yang mengatakan bahawa Mehendi atau budaya berinai bermula dari negara India.

Sumber - sumber lain juga ada menyatakan bahawa inai bermula di  Timur Tengah atau Afrika Utara.

Penggunaan Inai juga dikaitkan dengan kepercayaan sesetengah masyarat India untuk melindungi si pemakai dari unsur - unsur kejahatan dan melindungi mereka dari perkara yang tidak diingini.Oleh kerana itu,Inai sering digunakan oleh bakal - bakal ibu yang hendak melahirkan anak ( hamil ) dan juga pasangan pengantin (pernikahan ).


Namun begitu perubahan zaman banyak merubah kebudayaan dengan menjadikan inai sebagai perhiasan harian bagi wanita dan semakin berkembang sebagai satu bidang komersial yang boleh dianggap mempunyai unsur - unsur seni yang tersendiri.

Inai pada masa kini bukan sahaja mendapat tempat di hati orang ramai malah turut mendapat perhatian seluruh dunia tidak mengira kaum,bangsa dan agama sebagai satu perhiasan yang menarik dan sesetengah pelukis inai turut merasakan ianya menyampaikan maksud perpaduan dalam karya seni yang halus ini.

Inai pada kini sering dijadikan perhiasan wanita - wanita dari seluruh dunia malah ada dikalangan mereka yang sanggup mengeluarkan belanja yang agak besar bagi mendapatkan rekaan lukisan inai yang terbaik untuk memenuhi kepuasan dan cita rasa masing - masing.

Sebelum ini juga saya pernah membuat secara ringkas perkongsian mengenai inai dalam Post yang bertajuk " KESENIAN LUKISAN INAI TANGAN YANG BERSENI CANTIK DAN HALUSdi mana dalam post tersebut saya menerangkan secara ringkas mengenai inai.

Pada perkongsian kali ini saya kongsikan lebih banyak lukisan inai tangan yang boleh dijadikan inspirasi dan rujukan kepada peminat atau pengamal lukisan inai ini.

 Kepada pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan terutama pengantin perempuan semestinya inginkan perhiasan inai yang terbaik dengan rekaan corak yang terbaik.Untuk pengetahuan kebanyakan corak inai yang digunakan adalah bertemakan tumbuh - tumbuhan yang halus serta dimasukkan corak - corak seni yang menarik.

Namun begitu perlu juga diingatkan kepada mereka yang beragama Islam untuk tidak membuat tanggapan secara berlebih - lebihan atau memasukkan unsur kepercayaan yang bertentangan dengan syariat agama.Cukup dengan menganggap ianya yang suatu perhiasan wanita.


Tidak dinafikan Inai juga mampu menjadi suatu kesenian yang sangat indah dan cantik sebagai perhiasan wanita.Selain itu inai juga senang untuk didapatkan secara komersial pada masa kini dan mampu didapati di pasaran dengan harga yang sangat berpatutan berbanding dengan cara tradisiomal yang memerlukan anda menjalankan proses proses terntau dalam menyediakan inai dari daun yang dipertik sendiri dari pokok inai.

Dalam dunia yang moden dan maju sekarang,sungguhpun inai hanya bersifat sementara atau tidak kekal kesenian inai pada masa kini mampu melangkah selari dengan industri lukisan tatoo.ini terbukti apabila terdapat ramai pereka fesyen dari seluruh dunia turut memasukkan unsur atau tema corak inai dalam rekaan mereka.

Inai juga mula disesuaikan dengan permintaan pelanggan untuk sesetengah golongan wanita dengan melukis inai bukan sahaja di tangan dan kaki malah di badan.Motif yang dilukiskan dengan inai juga dissesuaikan mengikut citarasa pelanggan dan terdapat juga digabungkan antara motif tradisional dengan moden.

 Apa yang lebih menarik adalah inai selamat digunakan kerana ianya menggunakan bahan organik yang semula jadi serta halal di sisi agama Islam.


  
 





























































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




No comments: