ANEKA CARA UNTUK MENIKMATI PELBAGAI BUAHAN - BUAHAN MASAM DAN KELEBIHAN - KELEBIHANNYA
Masyarakat di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan majmuk yang mempunyai kepelbagaian budaya.Salah satu ciri - ciri budaya yang dapat kita lihat adalah dari segi pemakanan.Jika kita melihat kehidupan masyarakat melayu terutamanya gemar pada pemakanan ulaman tidak mengira sayuran atau buahan.Cecah dengan apa saja pun menjadikan selera bertambah - tambah.Lebih - lebih lagi jika buah yang masam digabungkan dengan sambal yang pedas dan masin.Sambal yang dibuat tidak kiralah sambal belacan,garam ataupun kicap pasti akan menaikkan selera kepada penggemar buah - buahan ini.
Tidak mengira apa pun jenis buah - buahan termasuk juga jeruk boleh dijadikan pembuka selera untuk dimakan bersama - sama dengan nasi putih biasa.Buahan - buahan yang masam akan membuai selera anda.Selain dari itu,selera buah - buahan masam ini kebiasaannya dikaitkan dengan perempuan - perempuan yang sedang mengandung atau mengidam.Kebanyakkan perempuan yang mengidam akan mencari selera untuk menikmati buahan - buahan masam yang kebiasaannya berlaku seawal bulan mengandung.
Buahan - buahan masam ini juga sering menjadi kegemaran di kalangan perempuan melayu terutamanya golongan muda yang lebih kerap untuk mengamalkan ulaman buah ini.
KELEBIHAN KEPELBAGAIAN BUAH - BUAHAN MASAM
Menurut kepercayaan masyarakat berulam buah mempunyak beberapa kebaikan yang boleh dimanfaat antara salah satunya ialah ianya mampu mencantikkan kulit serta mengekalkan kesihatan kulit.Kita tahu kebanyakan buah mengandungi kandungan Vitamin C dan pelbagai lain zat yang mempu memberikan nutrien kepada tubuh badan untuk memberikan kebaikan pada kulit.
Amalan ini juga mampu membantu anak mengurangkan berat badan anda. Buahan yang masam lazimnya mempunyai keasidan yang tinggi yang membantu tubuh badan mengekstrakkan kandungan lemak dalam tubuh badan.Sedikit sebanyak ianya akan membantu anda mengurangkan berat badan anda serta memberikan anda tubuh badan yang langsing lagi menawan.
Selain itu ianya sangat membantu meningkatkan metabolisma badan.Kandungan masam dari sifat asid dan digabungkan dengan kepedasan dalam cili bagi yang menggemari kepedasan akan meningkatkan kadar metabolisma dalam badan.Pembakaran makanan melalui proses metabolisma yang seimbang akan membantu anda mengekalkan berat badan dan bentuk badan yang ideal.
Seterusnya ianya memberikan anda makanan semulajadi yang menyihatkan dengan mengelakkan bahan - bahan pengawit.Kebanyakan buah - buahan dapat dimakan begitu sahaja tanpa dimasak dan memerlukan bahan - bahan tambahan yang kebanyakkan terdiri dari bahan pengawit.Tidak hairanlah sekiranya ramai pengamal diet memilih buah - buahan dan ulaman sebagai menu pilihan mereka.
Selain itu ianya menjimatkan dengan kos yang murah.Ya betul,tidak memerlukan kos yang tinggi seperti kebanyakan komersial yang lainnya.Selain itu ianya mudah untuk disediakan dimana ia tidak memerlukan proses yang banyak untuk disediakan berbanding makanan lain.Tidak hairan jiak kita melihat dikebanyakkan kedai atau penjual yang terdiri dapat menjual buah - buahan ini dengan harga yang sangat murah dikebanyakkan tempat termasuk shopping mall yang besar,
Bagaimana pun terdapat juga beberapa nasihat dalam mengamalkan diet buah - buahan masam ini terutamanya kepada pengidap penyakit gastrik untuk mengurangkan pengambilan buah - buahan ini atas sebab - sebab masalah kesihatan.Namun begitu pengambilan yang bersesuain dengan keadaan akan mampu memberikan manfaat yang sangat berguna pada tubuh badan.
Orang kata kalau mengamalkan buah - buahan ini mampu memberikan tubuh badan yang segar dan nampak awet muda.Mungkin ada kebenarannya dan logiknya dari beberapa sudut yang kita dapat lihat dengan pemakanan buah ini.
Terpulang kepada anda bagaimana anda menikmati buah - buahan masam ini mengikut selera yang anda inginkan.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment