Sunday, November 10, 2024

YAYASAN SARAWAK PUTERI DANG BALAI MENCIPTA SEJARAH DI REGATTA SARAWAK 2024


YAYASAN SARAWAK PUTERI DANG BALAI MENCIPTA SEJARAH DI REGATTA SARAWAK 2024

Walhamdulillah. 

Tahun ini berkampung lagi di Kem Pasukan Regatta Puteri Dang Balai. Duduk dibangku #supporters menyaksikan Pasukan Puteri Dang Balai  dari dekat merupakan suatu pengalaman yang amat berharga dan banyak perkara yang boleh dipelajari, dialami dan dibawa pulang sebagai memori yang sangat tak ternilai. Tahun ini Puteri Dang Balai menjulang untuk 3 tahun berturut - turut hatrik kejuaraan mempertahankan Piala Raja Sungai Regatta Sarawak yang merupakan ibu kepada semua Regatta di seluruh Sarawak. Terbuka antarabangsa dan tertutup tempatan telah menyaksikan persembahan memukau dari semangat dan usaha para pekayuh yang memastikan jentera Bidar Puteri Dang Balai mengungguli setiap saringan dan acara akhir. Apa yang menarik hati saya adalah bagaimana semangat dan komitmen setiap ahli pasukan yang melaksanakan perjuangan dengan segala usaha terbaik dalam menunjukkan prestasi yang gemilang setelah menamatkan hampir kesemua perlumbaan di kedudukan paling hadapan. Nervous, ngeri, terharu, resah dan gembira semua bercampur menjadi satu kepuasan menyaksikan dari dekat persiapan dan pelaksanaan pasukan Puteri Dang Balai.

Tahniah atas kejayaan yang boleh dikatakan lagenda atas kejayaan Puteri Dang Balai yang menjulang 3 tahun berturut - turut Piala Raja Sungai Regatta Sarawak yang merupakan antara kejayaan yang julung kali seumpamanya dalam sejarah penganjuran Regatta Sarawak.

Terima kasih juga kepada Kapten Utama pasukan Puteri Dang Balai Tuan Nazriamree Nazriamree dan Ahli Jawatan kuasa Pasukan yang sudi menerima kehadiran saya sebagai supporter di Kem Puteri Dang Balai sepanjang Perlumbaan berlangsung. 

Semoga dapat berkampung sama lagi di Regatta Sarawak yang akan datang. 

PUTERI DANG BALAI ! OOHHAA !


















































































































No comments: