16 November 2024 Hari Sabtu di Dataran Stadium Sarawak, telah berlangsung satu lagi program yang saya anggap merupakan program yang amat baik untuk menggalakkan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cerdas.
Program yang berlangsung meriah ini telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut sama -sama turun padang bersama dengan orang ramai untuk menjayakan program pada hari tersebut.
10,000 Langkah Program Kembara Afiat Madani peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung dengan meriahnya apabila perkarangan Stadium Negeri Sarawak apabila lokasi berlangsungnya program seawal pagi telah dibanjiri ribuan para pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang melibatkan diri di dalam program yang disusun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini.
Saya turut telibat bersama - sama di dalam program ini dan menyaksikan banyak segmen dan program sampingan telah susun atur oleh pihak penganjur kepada pengunjung seperti pameran dan booth - booth berkenaan dengan kesihatan dan juga informasi yang turut disertai oleh banyak agensi kesihatan yang lain. Antaranya adalah pemeriksaan percuma, game - game digital, informasi berkenaan dengan penjagana kesihatan, kuiz, sudut kreatif, hasil kraf tangan dan pelbagai macam lagi yang turut terlibat.
Apa yang paling menarik adalah pemberian cendera hati dan juga pemplet edaran kepada orang ramai mengenai penjagaan diri dan kesihatan.
Saya juga sempat mengambil tawaran Vaksin HPV Gardasil 4. Mengikut informasi yang saya faham vaksin ini dalah amat penting dalam mengurangkan risiko Kanser Rahim bagi perempuan dan Kanser Prostat bagi lelaki.
Secara keseluruhan saya sangat berpuashati dengan susun atur program yang dianjurkan dengan meriah ini. Selain itu saya juga berharap program sebegini dapat diteruskan dan diperbanyakkan dalam menggalakan masyarakat dari pelbagai peringkat umur dapat terlibat dan merasakan manfaat - manfaat dari segmen - segman program yang disediakan oleh pihak penganjur.
Syabas dan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. !
AZLAN RUMADI
www.azlan.rumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment