Showing posts with label Seed Of Words. Show all posts
Showing posts with label Seed Of Words. Show all posts

Wednesday, May 30, 2018

HADIS - HADIS DARI UMAR AL - KHATTAB R.A DALAM UMAR,THE SERIES.


HADIS - HADIS DARI UMAR AL - KHATTAB R.A DALAM UMAR,THE SERIES.

Saya baru- baru ini baru sahaja menghabiskan menonton Siri Filem Umar ,The Series. Filem ini mengenai perjalanan salah seorang Sahabat Rasulullah SAW Nabi Muhammad iaitu Umar Al - Khattab yang merupakan salaha seorang sahabat Nabi yang Baginda Rasullullah SAW sangat sayangi.

Saya juga di sini ingin memetik beberapa skrip yang menarik dalam Siri Filem tersebut yang banyak memberikan inspirasi kepada diri saya. Ini kerana saya merasakan ianya mempunyai maksud yang ingin disampaikan dan dijadikan inspirasi dalam kehidupan kita seharian yang menghadapi pelbagai keadaan,kejadian dan ujian serta cobaan yang datang dan pergi.


"Barang siapa yang memenuhi janji tidak akan dikecam,
Barang siapa teguh dalam pendirian tidak akan goyah,
Barang siapa takut akan kematian,
Maka Kematian akan menguasainya
Walaupun dia lari dengan menggunakan tangga menuju langit,
Barang siapa yang bercukupan tapi menolak
untuk menolonh orang akan tidak diakui dan akan dikecam."

Umar Al - Khattab

" Aku tidak mengeluh di tempat terbuka ini,
Kehidupan memberikan kau kejernihan penglihatan,
Perasaan yang murni dengan tanpa hambatan."

Umar Al - Khattab




30.05.2018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


Friday, January 19, 2018

MENJAUH

MENJAUH

Merungkai kata sedalam makna
berdiam pilu menghiris kalbu
meronta jiwa menahan derita
Mengoyak janji yang di padu

Beediam  naluri membeku diri
terpasung kelam kabutnya  rindu
mengapa mudah melafas sumpah
andainya mudah berpaling arah

Meratap hiba dalam berdoa
bersujud di atas sejadah cintaMu
Kumohon agar merubah segalanya
moga keimananku kembali kuat

Sederas deraian titisan mutiara
membasahi pipi merona lara
membungkam sepi merajut mimpi
bersimpuh tangis merawat hati

Hanyut  diri kemana menjauh
alpa dengan keindahan dunia
padaMu Ilahi tunjukkan arah
agar berjumpa jalan kesudahan..

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

#GadisDiBalikBulan

Thursday, January 11, 2018

HIDUP MESTI DITERUSKAN

HIDUP MESTI DITERUSKAN

Hidup mesti diteruskan.
Dari kesusahan kita belajar mencari Kesenangan dalam kepayahan
dan kesulitan,
Yang mengajar erti kesabaran,
ketabahan,
Ketekunan
dan kerajinan.

Mendidik kita untuk membina kekuatan mental dan fizikal untuk terus menjalani kehidupan.

Selagi masih bernyawa dan bernafas,
Hidup mesti diteruskan,
Ibadat harus dilaksanakan,
Amalan terus dijalani,
Pahala dan dosa harus ditimbangi.

Jalan hidup memang takkan mudah,
Manusia itu lemah,
Tetapi pada Allah swt adanya kekuatan,
Jadi sandarkan hidup pada Allah.
Allah segalaNya.

Hidup mesti diteruskan.
Teruskan melangkah dan
Teruskan belajar dari kejatuhan dan kegagalan.

Insha Allah.

29012014

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

YANG MASIH ADA

YANG MASIH ADA

Diriku sering penat zahir dan batin.
Namun,
Alhamdulillah,
Allah swt masih mengizinkan jantungku berdegup dan jasadku masih bernafas.
Jatuh bangun jiwaku yg dibolak balikNya,
Mengajarku erti lebih bersyukur dgn apa Yang diriku masih punya dan
Yang masih ada.

24012014

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Wednesday, January 10, 2018

IKHLAS DAN MAARUF

IKHLAS DAN MAARUF

Biarlah org berbuat,
Asalkan bukan aku yg berbuat,

Biarlah mulut org yg berkata dan mengata,
Asalkan bukan mulut aku yang mengata.

Paling tidak,
Ingat pesan kedua ibu ayahku,
Ikhlas dan jadilah org yg memandang kebaikan.
Sesungguhnya nasihat kedua orang tua sebaik baik nasihat dalam hidup.
Redha dan restu mereka juga sebahagian dari rahmat dan berkat dari Allah swt buat yg setia dan taat.

Doakanlah yang baik dan makruf walaupun sesulit dan sekejam manapun yang kita hadapi.

Insha Allah,
Kudrat Allah swt pastinya selalu bersama zahir batin yang tetap dalam mulia sifat insani.

26122013

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Tuesday, November 28, 2017

DIPERHAMBAKAN DUNIA BY KNOWNO HURAIRAH

DIPERHAMBAKAN DUNIA

Bagi seorang yang cepat ambil hati,
Aku amat menjaga hati org lain.
Aku paling takut jika ada mengecilkan atau menyakitkan hati mereka tanpa sedar.

Menitik berat tentang persahabatan,
Aku takkan menolak kemaafan dan kadang-kadang aku telan kesalahan mereka supaya mereka tak rasa bsalah dan selesa.

Makanya aku paling benci orang yg BUANG kawan.
Hadir cuma waktu memerlukan,

Sahabat bukan tempat persinggahan,
Tapi singgah lah untuk sekadar bertanya khabar hisap rokok sebatang dua.
Paling sibukpun kau dengan kepentingan dunia tu,
Bertegur sapa la di social media.
Itu versi kebaikan fb ni.

Kita lelaki ni senang,
Kalau betul benci baru kita selesaikan dgn bertumbuk.
Tapi takat benda yg blh dimaafkan kita ilek-ilek jak.
Yang penting jangan BUANG kawan n berdendam.

Kita lelaki.
Tiada perkataan sundal utk lelaki.

28 November 2017

Nukilan,
Knowno Hurairah

Sunday, November 26, 2017

JANGAN SOMBONG KETIKA ALLAH MENDUGA KITA

JANGAN SOMBONG KETIKA ALLAH MENDUGA KITA
Ketika kita di duga dgn
keresahan,
kesedihan,
kepayahan
dan kesusahan.
Allah sedang mengetuk pintu hati kita.
Jangan sombong.
Serahkanlah pada Allah semata mata maka
Allah akan menyelesaikan
dan menguruskan semuanya buat kamu.
Betapa pemurah Allah Tuhan sekalian Alam.Yakinlah pada kekuasanNya yang Maha Tinggi.
BarakallahuAkhbar.
09 Februari 2017
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Monday, November 20, 2017

KASIH, SAYANG DAN CINTA

KASIH, SAYANG DAN CINTA

Kita boleh mengkasihani semua orang dn sesiapa sahaja samaada orang kita kenal atau tidak.

Namun kita hanya menyayangi dan mengasihi sebagiannya termasuk ibu ayah,saudara,kawan,sahabat,harta dan benda serta kepunyaan.

Tetapi kita akan mencintai satu-satunya iaitu Tuhan yang menjadi cinta Abadi cinta Hakiki.Juga seorang manusia terpilih yang menjadi cinta sepenuh hati sampai mati di sisi hidup dan hayat selagi nafas belum terhenti.

Kasih itu semua dan seluruh..
Sayang itu sebilangan dan sebahagian..
Cinta itu satu-satunya.

Hilang cinta manusia...
Cinta Tuhan tetap ada.

16 JULAI 2016

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Monday, November 13, 2017

DIRI YANG KOSONG

DIRI YANG KOSONG

Jika diri kita ini diibaratkan gelas putih yang kosong,lalu apakah yang kau akan isikan di dalamnya ? apakah dengan air jernih yang boleh diminum dan diteguk nikmatnya ketika kau kehausan sesat dipadang yang panas membara? atau dengan air yang manisnya menghanyut dan membunuhmu dalam cepat dan lambat detik waktu ? atau dengan nanah,darah dan racun yang membinasakan diri sendiri? Anggaplah diri kita kosong dan isikan di dalamnya dengan manfaat di dunia akhirat untuk,saat ini,hari ini,dan masa datang dan selamanya.InshaAllah.

#RenunganDiriIni.
25 April 2017

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

DAMAI DAN TENANGNYA ALAM SEMULAJADI

DAMAI DAN TENANGNYA ALAMSEMULAJADI

Seindah ciptaan dan perbuatan manusia pasti ada yang perlu dibayar melainkan demi Allah swt.Oleh itu,aku lebih memilih untuk menikmati indah dan sempurna semulajadinya kemahaluasan ciptaan Allah Tuhan sekalian alam yang mendamai dan menenangkan ketika duniawi dan manusia begitu keras dan sangat menyesakkan.Kerana Tuhan juga Maha mengetahui jiwa yang banyak luka berdarah akan kembali mencari jalan kepada Tuhannya ketika hidup dan matinya.Itu hakikat dan hanya disisi Tuhan sebaik keadilan dan ketenangan yang dicari.Kusyukuri saat ini masih berjalan dan bernafas lagi.Alhamdulillah.Tetapkanlah aku pada diriku sendiri.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Wednesday, November 08, 2017

SOAL MATI

Setiap yang bernyawa akan menemui kematian termasuk kita.Namun dapatkah kita merenung sejenak bagaimana kita menghadapi saat itu nanti.Apakah kita puas dan tenang dengan apa yang telah kita kerjakan sepanjang hayat kita yang telah dijalani ?

ANTARA BUNTU DAN KESUNGGUHAN DOA

ANTARA BUNTU DAN KESUNGGUHAN DOA

Ketika merasakan buntu menjalani hidup,Tuhan mengajar kita mempercayai diri sendiri sepertimana kita mempercayai adanya ilahi yang merubah manusia dari setitik mani menjadi diri sempurna sifat manusia sampai saat ini.Minta dan doalah dengan sesungguh dan seikhlas hati.Pasti akan ditunjuki dan diberi.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

PERJALANAN DAN PEMBELAJARAN

PERJALANAN DAN PEMBELAJARAN

Jangan pernah menganggap sesuatu yang berlaku sebagai hukuman atau beban melainkan ianya adalah sebagai satu perkara yang perlu dipelajari,dihayati dan dikaji sehingga kita menemui jalan untuk mengendali dan menguruskan nya sebaik mungkin supaya semuanya berjalan seperti yang kita mahu dan ingini.Perjalanan dan pelajaran akan sentiasa memberikan kita ilmu dan pengalaman yang akan menjadi dan membentuk masa depan kita nanti.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Friday, October 27, 2017

JANGAN TAKUT UNTUK BELAJAR PERKARA BARU

Jangan pernah takut untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk belajar mengenai perihal perkara-perkara baru untuk menyempurnakan dan memperindahkan kehidupan dan diri selagi masih mampu dan bernafas.You Happy ? then just go, you will be the luckiest guy.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my