Wednesday, May 30, 2018

HADIS - HADIS DARI UMAR AL - KHATTAB R.A DALAM UMAR,THE SERIES.


HADIS - HADIS DARI UMAR AL - KHATTAB R.A DALAM UMAR,THE SERIES.

Saya baru- baru ini baru sahaja menghabiskan menonton Siri Filem Umar ,The Series. Filem ini mengenai perjalanan salah seorang Sahabat Rasulullah SAW Nabi Muhammad iaitu Umar Al - Khattab yang merupakan salaha seorang sahabat Nabi yang Baginda Rasullullah SAW sangat sayangi.

Saya juga di sini ingin memetik beberapa skrip yang menarik dalam Siri Filem tersebut yang banyak memberikan inspirasi kepada diri saya. Ini kerana saya merasakan ianya mempunyai maksud yang ingin disampaikan dan dijadikan inspirasi dalam kehidupan kita seharian yang menghadapi pelbagai keadaan,kejadian dan ujian serta cobaan yang datang dan pergi.


"Barang siapa yang memenuhi janji tidak akan dikecam,
Barang siapa teguh dalam pendirian tidak akan goyah,
Barang siapa takut akan kematian,
Maka Kematian akan menguasainya
Walaupun dia lari dengan menggunakan tangga menuju langit,
Barang siapa yang bercukupan tapi menolak
untuk menolonh orang akan tidak diakui dan akan dikecam."

Umar Al - Khattab

" Aku tidak mengeluh di tempat terbuka ini,
Kehidupan memberikan kau kejernihan penglihatan,
Perasaan yang murni dengan tanpa hambatan."

Umar Al - Khattab




30.05.2018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: