Monday, April 27, 2015

15 FOTO LAMA DALAM SEJARAH DUNIA YANG PALING JARANG DAPAT LIHAT PADA HARI INI.




Foto gambar yang dia,bil oleh seorang jurugambar memberikan pelbagai tujuan dan maksud.Sama ada untuk kenangan,moment,upacara dan sebagianya.Tetapi apa yang lebuh mengagumkan kita teknologi dalam fotografi telah menyimpan banyak sejarah - sejarah yang membuat kita terfikir kembali akan setiap permulaan sesuatu yang kita lihat pada hari ini.

Setiap gambar menyimpan kisah - kisahnya yang tertentu yang semestinya akan diabadikan untuk kenangan dan ingatan pada masa hadapan.Malahan sesetengah daripadanya menjadi bahan rujukan sejarah dalam pedidikan di seluruh dunia.

Apa - apa pun kami saya kongsikan beberapa gambar yang mungkin ada sebelum ini yang belum berpeluang melihat beberapa gambar yang membuatkan anda terfikir kembali akan suatu zaman dahulu akan permulaan yang berlaku dan apa yang anda lihat pada hari ini.




1. HARI PERASMIAN DISNEYLAND(1955 )

Mungkin kita tidak dapat bayangkan lagi macam mana keadaan disneyland pada masa sekarang semenjak ianya dirasmikan sejak berdekat yang lalu.Semestinya Disneyland tetap menjadi salah satu destinasi kegilaan kanak - kanak yang menggemari watak kartunnya sehingga sekarang.



2. PEMBINAAN GOLDEN GATE BRIDGE (1937 )

Ini semestinya merupakan satu projek dan tugas yang besar untuk dilaksanakan. Siapa sangka lama kelamaan ianya diisytiharkan sebagai salah satu daripada keajaiban dunia moden?


3. THE MGM LION (1929)
 Anda mungkin perasan dikebanyak filem yang dimulakan dengan Singa yang mengaum.Inilah gambar asal disebalik tabir rakan yang menunjukkan Jurugambarnya dan pembantunya yang sedang merakamkan video tersebut. 


4.HITLER'S BUNKER (1945 ) 

Menurut sumber yang dipercayai mengatakan gambar ini adalah rakaman foto yang pertama kali dari bunker bawah tanah iaitu tempat persembunyian Adoft Hitler sejurus selepas kematiannya pada masa itu.


5. PEMBINAAN EIFFEL TOWER (1888 )

 Setiap pembinaan sesuatu semestinya mempunyai permulaannya.Tapi,Dapatkah anda bayangkan bagaimana rupa wajah Paris sebelum adanya Eiffel Tower ini ?


6. EMPANGAN HOOVER TANPA AIR (1936 )

Mungkin ramai yang tidak berpeluang melihat Empangan Hoover yang belum ada air pada masa itu untuk masa sekarang.


7. PENGUKIRAN MOUNT RUSHMORE ( 1932 )

Gambar menunjukkan Ukiran kepala George Washington .Lihatlah perbandingan antara pekerja ukiran dengan saiz ukiran kepala President Amerika yang Pertama itu.


8.WALMART YANG PERTAMA

Sukar untuk membayangkan bahawa imej yang yang dalam gambar ini mucul sebagai suatu empayar pasaraya global yang sangat maju sekarang.


9. PEMBINAAN STATUE OF LIBERTY ( 1884 )

Apa yang menakjubkan tentang imej ini adalah ia menunjukkan patung itu sedang dibina di Paris. Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya mereka menyerahkannya kepada Amerika.


10. THE BEATLES - ABBEY ROAD ( 1969 ) 

Pada tahun 2012,gambar ini dijual pada lelongan dengan nilai USD 25,000 . Apa yang menariknya tentang gambar ini ? gambar ini dirakam dalam posisi sahli the beatles berjalan secara mengundur melintasi jalur jalan tersebut.dan bukannya gambar tersebut di"rewind" untuk mendapatkan hasil seperti dalam gambar.


11. MANGSA PERISTIWA TITANIC MENAIKI RMS CARPATHIA (1912 )  
  
Tidak semua orang yang terkorban dalam Peristiwa Titanic pada 1912. Gambar menunjukkan mangsa - mangsa sedang menaiki bot penyelamat RMS Carpathia untik menyelamatkan diri sebelum kapal tersebut tenggelam.


12. TITANIC ICEBERG

Bercerita tentang Titanic.Dipercayai bahawa ini merupakan gambar Iceberg yang mengaramkan kapal Titanic yang berjaya dirakam oleh salah seorang penumpang yang juga mangsa dalam peristiwa tersebut.


13. GAMBAR KELUARGA YANG DITINGGALKAN DIBULAN ( 1972 )

Ini gambar keluarga yang tinggal di bulan dari Apollo 16 oleh angkasawan Charles Duke pada tahun 1972.

14. FOTO ANGKASA LEPAS YANG PERTAMA ( 1946 ) 

Mungkin ramai yang tidak terfikir bagaimana mungkin untuk mengambil gambar dari angkasa lepas sedangkan belum pernah lagi diadakan program angkasa pada ketika itu? Kisah ini berlaku apa seorang askar meletakkan kamera pada sebuah peluru berpandu yang hendak dilancarkan.Imej ini seumpama google maps pada ketika itu.


15. GOOGLE TEAM (1999)

Siapa sangka imej dalam gambar yang ditunjukkan ini akan merevolusikan persekitaran internet seluruh dunia pada masa sekarang.


No comments: