Setiap hari di mana sahaja kita berada foto memenuhi setiap ruang dan penglihatan di depan mata kita.Setiap foto yang dihasilkan sememangnya sangta menarik dan memukaukan.Malah memberikan perasaan kekaguman dalam hati akan hasil menakjubkan dari foto - foto yang dihasilkan.Kadang - kadang dalam diri kita sendiri juga sering mengakui suka mengambil foto lebih - lebih lagi pada zaman masa sekarang dimana teknologi untuk mengambil gambar telah dipermudahkan dalam pelbagai bentuk termasuk kamera di dalam telefon bimbit.
Tetapi bagi individu yang bergiat secara serius dalam fotografi selalunya memberikan komitmen yang tinggi malah mengorbankan banyak perkara malah ada yang sampai mengorbankan diri sendiri untuk mendapatkan moment dan foto yang terbaik seperti yang diinginkan.Bukanlah mudah untuk menghasilkan foto yang baik.Pelbagai perkara perlu dilakukan.Pelbagai halangan perlu dihadapi.Pelbagai perkara yang dialami.
Kebanyakkan jurugambar beranggapan adalah satu kepuasan untuk mengghasilkan foto yang terbaik selepas menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan yang begitu menyeksakan.Malah anda akan mampu tersenyum penjang melihat hasil seni fotografi yang anda hasilkan.Tidak hairanlah mengapa mereka sanggup menjual gambar dengan harga yang sangat tinggi untuk sesuatu gambar.Lebih - lebih lagi apa bila foto yang hasilkan adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup dan jarang 0 jarang untuk dilihat.
No comments:
Post a Comment