Friday, April 17, 2015

HIASAN UNIK DAN PELIK RUANGAN BILIK TOILET YANG JARANG KITA LIHAT.

 

TOILET, JAMBAN,TANDAS atau WASHROOM pada istilah lainnya mungkin dianggap antara tempat yang menjijikkan pada pandangan kebanyakkan masyarakat kita dengan mengganggap tempat tersebut sebagai tempat membuang air semata - mata.Mungkin disebabkan rekaan tandas yang agak membosankan dan terlalu kosong membuatkan masyarakat menganggap tandas tempat yang tidak mempunyai tarikan.

Namun ditempat - tempat lain diserata dunia kita dapat melihat bilik tandas dihias dengan pelbagai cara dan tarikan.Terdapat pelbagai rekaan tandas yang dapat kita lihat dengan perhiasan - perhiasan yang sangat menarik disamping ianya mampu memberikan satu suasana dan pengalaman yang unik untuk pengguna tandas.Tandas yang selama ini dianggap tempat yang jijik mengubah pandangan orang ramai menjadikan ruang bilik tandas adalah sesuatu yang sangat menarik.

Hiasan yang terdapat dalam tandas tersebut juga mampu mewujudkan pengalaman yang sangat unik dan berlainan.Sesetengah nya mampu menimbulkan kelucuan kepada orang ramai.

Tandas yang dihias dengan pelbagai cara ini juga mampu memberikan keselesaan kepada pengguna disamping memberikan penilaian dan persepsi yang berlainan kepada orang ramai.Selain itu,secara tidak langsung,tandas yang dihias indah begini juga mampu menimbulkan kesedaran tentang sudut kebersihan dan nilai menghargai kepada orang ramai.

Agak - agak kalau dinegara kita,ada tak tandas - tandas yang unik macam ni ?


















No comments: