Syarikat Pengeluar Gadjet APPLE tidak dinafikan antara pengeluar produk gadjet yang paling kukuh dan paling ke hadapan dalam pasaran seluruh dunia dengan rekaan gadjet yang mempunyai ciri - ciri eksklusif yang tidak dapat dinafikan mempunyai kualiti yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat seluruh dunia sampai hari ini.APPLE yang diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak yang sekian lama menguasai pasaran antarabangsa sememangnya diakui adalah antara syarikat pengeluar gadjet yang paling progressive dalam abad ini.
Sepanjang menghasilkan pelbagai jenis produk dari pelbagai jenis Apple juga telah menghasilkan beberapa produk yang mahal yang mana harga yang ditawarkan jauh lebih tinggi dan semestinya menyasarkan sasaran pasaran produk pada kelas golongan yang tertentu.
Tetapi bagi peminat jenama Apple yang berkemampuan semestinya harga bukanlah menjadi masalah walaupun terpaksa membayar harga yang paling mahal untuk produk jenama APPLE tersebut.
Antara produk keluaran APPLE yang paling mahal tersebut adalah.
1.JAM TANGAN EDISI APPLE
Jam tangan yang dijual pada harga sekitar USD 10,000 sehingga USD 17,000 merupakan antara jam yang digunakan oleh selebriti hollywood yang terkenal seperti Beyonce dan Katy Perry.
Edisi jam ini hanya dikeluarkan khas bagi superselebriti terkenal seperti Beyonce dan Katy Perry dan Apple tidak pernah mengiklankan pengeluaran produk ini kerana Apple memutuskan untuk mensasarkan golongan yang berprofil tinggi.
Jam tangan ini yang disaluti oleh emas rose 18 karat dan harga mencecah USD 10,000 untuk keluaran yang menggunakan band sukan berwarna putih dan USD17,000 untuk versi dengan Band Buckle Merah yang elegan.
2. 20TH ANNIVERSARY MACINTOSH (TAM )
Ianya dibina pada tahun 1996 sempena memperingati ulantahun ke 20 Penubuhan Syarikat Apple dan mula dilancarkan pengeluarannya pada tahun 1997dan merupakan edisi desktop ALL IN ONE.Keluaran ini menjadi kegilaan dan idaman ramai golongan peminat komputer pada masa itu dengan kos USD 7,499 pada masa itu dan nilai tersebut bersamaan dengan USD 11,000 pada masa sekarang.
Walaubagaimana pun terdapat issue yang memperkatakan bahawa prestasi produk ini tidak setimpal dengan harganya yang mana mempunyai jangka hayat yang pendek.
Produk ini pernah digunakan oleh Karekter "Alfred" dalam babak filem Batman and Robin.
3.MAC PRO
Terdapat banyak perbezaan antara MAC PRO APPLE dahulu dan sekarang.Anda mungkin berfikir banyak kali untuk memilih produk Mac Pro ini dengan mempertimbangkan antara prestasi dan harganya.Desktop silinder ini sering digunakan dalam penghasilan video lasak dan penolahan video atau video editing.Fungsi perisiannya dianggap yang terbaik untuk urusan suntingan gambar dan video dan grafik yang lain - lain menjadikan produk ini sering menjadi pilihan kepada mereka yang banyak terlibat dalam industri suntingan termasuk jurugambar dan penerbit filem.
Bermula dengan harga USD 3,000 anda mampu memiliki Mac Pro dengan Spesifikasi Quad Core Processor,12 GB RAM dan 256 GB memori dengan sokongan dua kad grafik.
Seterusnya anda boleh memiliki set yang lebih baik dengan mengeluarkan belanja sebanyak USD 9,600 yang mempunyai spesifikasi seperti Pemproses 12 CORE , 64 GB RAM,1 TB memori kilat ( Flash Storage ) dan dua kad grafik.
Sekiranya anda ingin memiliki set sepenuhnya lengkap dengan aksesori ,paparan,kabel dan pencetak anda mungkin akan terkejut apabila harga produk keluaran apple ini boleh mencecah USD22,000.
4. APPLE LISA
Mac Pro dikeluarkan dengan nilai USD 22,000 tetapi bukanlah menjadikannya komputer paling mahal dalam keluaran APPLE. Komputer yang paling mahal pernah dijual adalah APLLE LISA.Komputer desktop ini dikeluarkan pada tahun 1983 yang asalnya dijual dengan harga USD10,000 yang bersamaan dengan nilai USD 24,000 sekiranya produk ini dijual pada tahun 2015.
5. APPLE LASERWRITER
Dikeluarkan pada tahun 1985.Apple laerwriter bukanlah produk yang murah apabila memulakan jualan pada tahun 1985 dengan harga USD 7,000 dan paling mengejutkan apabila kos tersebut adalah bersamaan dengan USD 15,400 pada tahun 2015.
Buat masa ini Apple untuk memutuskan untuk tidak membuat mana - mana pengeluaran produk yang mempunyai nilai melebihi USD24,000.Namun,terdapat khabar yang mengatakan Apple bakal menerokai bidang pasaran automotif dan sekiranya ini terlaksana kos USD24,000 mungkin terlihat kos yang agak kecil untuk merealisasikan logo APPLE pada produk automitif
SUMBER : YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment