Wednesday, April 22, 2015

HARGAILAH MAKANAN MINUMAN DAN REZEKI PEMBERIAN DARI TUHAN


Kita hidup di Malaysia ini memang hidup dalam penuh keselesaan dan mencukupi.Semiskin - miskin rakyat yang dikatakan susah dan miskin belum lagi peringkat fakir dan papa kedana sampai tak cukup makan di negara lain.Sesusah mana pun kehidupan kita masih mampu lagi untuk makan.Tidaklah seperti negara - negara lain terutama negara yang sedang mengalami pergolakan perang dan krisis makanan akibat faktor alam.Ramai dikalangan mereka yang setiap hari berjuang untuk mencari makanan sehingga ada ramai yang kecundang dan mati kebuluran kerana tidak mendapat makanan yang mencukupi.Ramai yang menderita keran tidak mendapat bekalan makana yang mencukupi.Ramai  daripada mereka tidak mengira kecil besar tua dan muda terkorban kerana pelbagai penyakit seperti keracunan makanan dan cirit - birit serta penyakit yang lainnya kesan daripada kekurangan zat dan masalah yang lainnya.Betapa payah dan terdesaknya mereka yang menghadapi hari - hari demi mendapatkan makan untuk mengisi perut.

Sungguhpun begitu,di negara Malaysia,kita yang hidup dalam keselesaan dan serba cukup untuk makan,ramai yang tidak menghargai makanan dan rezeki yang Tuhan telah bagi kepada kita.Sedang dalam kita dihidangkan makanan kita masih merungut tentang makanan yang kurang sedap,kurang rasa,tidak menyelerakan dan sebagainya.Sampai ada yang sanggup membuang makanan tersebut ke dalam tong sampai.Sedangkan ditempat lain ramai golongan yang mati kebuluran dan tidak makan.
Renungkanlah saat ini,Kadang - kadang kita memang senang untuk mendapatkan makanan dengan duit yang ada dalam kocek kita dan kita boleh berbelanja dimana sahaja untuk mendapatkan makanan tetapi bukanlah sewenang - wenangnya kita membazirkan makanan yang kita makan.

Mungkin zaman sekarang semuanya serba ada,tetapi ingatlah ada masanya Tuhan akan menduga kita dengan kekuranga.Apa pada masa itu baru kita terfikir untuk menghargai rezeki dan pemberiannya ?

Kesimpulan yang saya ingin sampaikan,janganlag kita membazirkan makanan dan rezeki yang Tuhan beri pada kita.Jika pun anda tidak mampu menghabiskan makanan itu,tidaklah salah jika anda memberikan makanan itu pada yang memerlukan dan sedang kelaparan dan adalah lebih baik untuk bersedekah dan memberi kepada mereka yang memerlukan tidak mengira apa jua pun.Memberi tidak merugikan kita apa - apapun melainkan menambah darjat dan amalan kita.

HARGAILAH APA MASIH ADA HARI INI,JANGAN DISESALI BILA HILANG DI KEMUDIAN HARI



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



No comments: