Tuesday, April 21, 2015

CARA - CARA MEMBERSIHKAN URI BAYI YANG BARU DILAHIRKAN.

Setiap hari ramai bayi yang dilahirkan dan sebagai ibu dan bapa adalah perlu untuk kita membuat persediaan sama ada sebelum ataupun selepas kelahiran bayi atau zuriat.Antara yang paling penting adalah cara - cara untuk untuk membersihkan uri sebelum kita menguburkan uri tersebut.

Mungkin ramai ibu bapa terutama golongan lelaki yang masih tidak mengetahui cara atau kaedah untuk membersihkan uri bayi.Jadi kali ini saya tergerak untuk mengongsikan Step by step mencuci uri. Setiap lelaki mesti tahu, nanti nak jadi bapa kan.

Anda bolehlah mengikuti langkah - langkah berikut

BAHAN - BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )


CARA - CARA MEMBASUH URI


1. Mulakan dengan membaca Bismillah


2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.


3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.


4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.


5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.


6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak 

menyenangkan.

7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.


8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.


9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatang seperti anjing dan kucing.


10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.



Kalau diikutkan membersih uri tidaklah sesusah mana pun kalau ada keinginan untuk belajar. Apa yang penting setiap urusan membersih uri ini adalah untuk zuriat kita.Sebagai ibu bapa anda bolehlah menitipkan doa dan harapan yang terbaik supaya zuriat atau anak tersebut menjadi golongan yang berjaya di dunia dan sempurna di akhirat.


Kredit : Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani'
SUMBER : PETUA ANGGUN MENAWAN



AZLAN RUMADI.
www.azlanrumadi.blogspot.com


No comments: