Saturday, October 03, 2015

#14 WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET - REKAAN RUMAH KAMPUNG YANG MENGAGUMKAN

 

REKAAN RUMAH KAMPUNG YANG MENGAGUMKAN

 Saya percaya ramai daripada kita apabila disebut sahaja perkataan desa atau kampung ramai yang berfikir ianya selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang tradisional atau lama terutama mengenai perkara berkaitan dengan infrastruktur dan bangunan terutama rumah kediaman dan tempat tinggal.

Namun gambar yang akan kongsikan kali ini membayangkan dan memberikan gambaran yang berbeza dan mudahan ianya boleh dijadikan ilham dan inspirasi kepada mereka yang mengidamkan rekaan rumah gaya desa atau kampung namun terdapat unsur kemodenan yang menghubungkan elemen tradisional dengan gaya pada masa kini .

Saya akui rekaan rumah kampung atau desa yang saya kongsikan kali ini sangat cantik dan indah kerana walaupun ianya merupakan rumah kampung kreativiti pereka yang mengilhamkan rekaan rumah kampung kampung ini harus mendapat pujian.Rekaan rumah gaya desa yang menggunakan asas binaan menggunakan kayu yang mengambil konsep Rumah Melayu Moden ini direka dengan sangat indah dan ringkas namun saya percaya rekaan ini memberikan pendekatan berbeza dengan mengekalkan gaya rekaan dalaman yang sangat unik dengan mengambil kira adaptasi dari ruangan dapur,ruang tamu dan pelbagai pengurusan ruang yang biasa dalam rumah masyarakat orang melayu dari masa dahulu sehingga kini.
 

 Rekaan dalaman rumah ini mengekalkan asas binaan dengan menggunakan bahan kayu dan sedikit penambahan perkasan moden seperti sinki seramik dan sebagainya.




 Ruang dalaman yang tampak ringkas dan kemas dengan hiasan perabot yang seminimum mungkin memberikan pandangan ruang yang sangat luas untuk keselesaan selain menyenangkan pergerakan dalam rumah.


Rekaan bilik tidur juga direka ringkas dengan pemandangan luar rumah yang sangat menarik dan mencerminkan susasana desa yang selalu diidamkan - idamkan dalam setiap percutian untuk menenangkan diri dan fikiran.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: