Saturday, October 10, 2015

ADIK - BERADIK 4TH POWER MELETUPKAN PENTAS UJI BAKAT MINGGU PERTAMA X - FAKTOR UK 2015


ADIK - BERADIK 4TH POWER MELETUPKAN PENTAS UJI BAKAT MINGGU PERTAMA X - FAKTOR 2015

Sesi Ujibakat X-Factor UK 2015 baru - baru ini telah diletupkan dengan persembahan 4 beradik yang datang dari Filipina bersama dengan ibu mereka untuk menyertai sesi ujibakat antara rancangan realiti yang menduduki tangga teratas carta rancangan relialiti paling popular pada tahun 2015 ini.

Seawal penampilan atas pentas dengan wajah ceria,Juri-juri ternyata dikejutkan apabila mereka menyatakan mereka datang ke Australia untuk menyertai X-Factor UK 2015 pada minggu pertama ini.Ianya mengagumkan Simon Cowell akan kesungguhan mereka untuk menambilkan bakat mereka kepada pentas dunia.

Sebaik muzik dan lagu dimainkan 4th Power memberikan persembahan yang bertenaga membangunkan seluruh dewan dengan suatu persermbahan yang penuh bertenaga ternyata diluar jangkaan.Penonton dan juri-juri dengan memberikan impak persembahan yang sangat besar dengan memilih lagu "Bang Bang" Nyayian Jesie J berkolaborasi dengan Ariana Grande dan Niki Minaj.

Apa yang Jelas persembahan adik-beradik 4th Power berjaya mempersembahkan lagu tersebut dengan cara mereka tersendiri dan penonton serta juri terpesona dengan aura persembahan pada malam sesi tersebut.

Simon Cowell menyifatkan persembahan adik-beradik 4th power adalah antara persembahan uji bakat yang terbaik secara peribadi setakat ini.

Selain itu apa yang mencuit hati  dan menceriakan suasana dewan pada sesi tersebut apabila mereka menjawab pertanyaan Simon sebab mereka di UK semata-mata kerana ingin melihat Simon secara dekat dan melihat Queen Elizabeth.

Tahniah kepada adik-beradik 4th power !





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: