Saturday, October 03, 2015

#4 TODAY IS AZLAN RUMADI - 03.10.2015


 #4 TODAY IS AZLAN RUMADI - 03.10.2015

Sudah hampir seminggu blog saya ini "krik krik" dek suatu peristiwa pada hari raya aidiladha yang lalu.Apa peristiwa itu ? nanti saya kongsikan.Cuma kali ini ingin nak bersantai santai berehat sedikit.Pagi ini bangun - bangun je sempatlah membelek beberapa gambar yang saya susun pada angin yang lalu, namun tidak sempat nak dipostkan untuk dikongsikan kepada semua..

Sebelum pada Hari Raya Aidiladha 2015 yang lepas saya sempatlah merayau rayau sedikit ke kawasan di Bandaraya Kuching,Sarawak.


CHAN THUNG  COMPANY DAN MEDAN PELITA " ALA-CARTE"

Mesti ramai yang cam tempat ini. kan ? tempat buat cop nama,cop syarikat, tag nama dan pelbagai lagi . Lagi satu kawasan area di sekitar tempat ini dahulunya tempat popular di hujung minggu bagi beli dan remaja yang selalu lepak dan berjumpa dengan kawan - kawan di Medan Pelita atau "Ala-Carte" bagi sebutan sesetengah belia remaja yang selalu berkunjung ke sini.


 Kini,Setelah bertahun ramai yang telah berubah di kawasan ini.Medan Pelita yang dahulunya sesak dengan belia remaja yang berkumpul di hujung minggu kini sunyi apabila lokasi itu telah di ubah suai menjadi tempat komersial dengan wajah yang terbaru.Namun Kenangan dan memori bagi mereka yang melalui zaman - zaman di sini tetap di ingat - ingat dan sekali sekala menjadi bualan dengan rakan - rakan.

Sungguhpun begitu,orang ramai tetap berkunjung ke sini kerana di tingkat teratas bangunan medan pelita terdapat satu panggung wayang yang tetap menjadi dan tumpuan untuk menonton filem yang terbaru di tayangkan dipawagam.


 THE SPRING SHOPPING MALL,KUCHING,SARAWAK.

 Setiap kali berkunjung ke The Spring Shoipping Mall ini memberikan perasaan yang baru kepada saya dan begitu pada yang seterusnya... mesti ada sahaja yang baru yang akan kita jumpa di sini.Terppulanglah jika ada pihak yang berpandangan lain dari saya.


 JALUR GEMILANG dibina dengan kepingan - kepingan batu marble yang berbentuk LOVE ini adalah salah satu daya tarikan yang terdapat di sini bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada Bulan Ogos 2015 yang lepas.


 Sambutan Perayaan Kuih Bulan yang dirayakan oleh Masyarakat Tiong Hua Seluruh Malaysia menyaksikan ramai gerai - gerai kecil yang dibina oleh mereka yang terlibat dalam mempromosikan produk Kuih Bulan keluaran masing - masing dan secara tidak langsung memeriahkan perayaan Kuih bulan yang dirayakan oleh Masyarakat Tiong Hua.

Apa yang menarik bagi saya kali terdapat gerai yang mendemonstrasikan cara - cara pembikinan Kuih Bulan ini yang amat jarang sekali di lihat.Kerana saya sendiri pun belum pernah melihat secara dekat proses pembuatan kuih bulnb tersebut.


 Terdapat bermacam - macam lagi baranagan dan makanan yang lain yang dijual di gerai - gerai kecil ini.terdapat Manisan,Lantern untuk diapung atau diterbangkan dan bermacam lagi perkara lain.





M E R I A H


 Lagi satu.....
 IRON MAN pun ada...... 
biru lagi tu....



JALAN CARPENTER KUCHING,SARAWAK

Banyak yang berubah di Jalan Carpenter Kuching ini dari dahulu dan sekarang walaupun lanskapnya tidak banyak yang berubah...

Orang yang sama namun gaya dan fesyen yang bebeza.
 Jalan carpenter ini yang menempatkan banyak kedai - kedai yang menyediakan pelbagai jualan dan perkhidmatan yang sebahagiannya didiami oleh mesyarakat Cina.Terdapat banyak keunikan yang terdapat di sini.Jalan Carpenter iuni merupakan antara lokasi di Kuching yang paling tua di Kuching.



 Menariknya Jalan Carpenter ini adalah terdapat struktur bangunan - bangunan pasarnya yang mengekalkan infrastuktur rekaan lama dan asal bangunan dari mula - mula kawasan ini dibangunkan.Saya menganggap dan mengagak usia bangunan ini mencececah puluhan tahun.Kawasan yang menempatkan tempat tinggal dan pasar bagi masyarakat cina ini tetap menjadi salah satu tarikan pelancongan kerana di sini terdapat juga tempat - tempat menginapan yang sering menjadi pilihan para pelancong yang berkunjung di Kuching Sarawak selain dari tempat penginapan mewah seperti di hotel 5 bintang dan yang berkelas sepertinya.








 TUA PEK KONG DI JALAN CARPENTER,KUCHING,SARAWAK

Tidak dinafikan saya sangat tertarik dengan kesenian yang terdapat pada Tokong Cina ini selain dari tokong cina yang lain di pelbagai tempat.Kehalusan seni pada ukiran-ukiran yang menghiasi bangunannya sangat menarik dan halus dengan pelbagai motif yang mencerminkan kepercayaan kaum Cina yang kebanyakkanya menganuti agama Buddha di Jalan Carpenter ini.


 Saya berharap kesenian ini mampu dikekalkan untuk masa yang lama lagi kerana kesenian lama yang bertemakan tradisional dan keagamaan ini menyimpan suatu nilai yang harus dihargai oleh semua pihak kerana dalam kesenian ini terkandungnya identiti,keaslian,keaguangan terdapat pelbagai nilai - nilai yang harus dipelihara untuk dihayati generasi akan datang.






AZLAN RUMADI
www.azlannrumadi.blogspot.my




No comments: