SARAPAN PAGI DENGAN MENIKMATI LAKSA SARAWAK DI KEDAI CHEN PUNG HUI,KUCHING,SARAWAK
Tajuk Post kali ini agak tersendiri.Mungkin ramai yang tertanya apa kaitan Laksa Sarawak dengan Kedai Chen Pung Hui ni kan ?
Ceritanya bermula disuatu pagi saya bersarapan dengan ibu saya di Kedai Chen Pung Hui yang terletak bersebelahan dengan jalan India Street di Kuching Sarawak.Warga Bandaraya Kuching yang selalu turun seawal pagi di Bandaraya Kuching semestinya mengenali kedai minuman ini untuk bersarapan.
Kedainya tidaklah semewah restoran lima bintang yang grand dan terkenal tetapi di kedai ini terdapat beberapa stall makanan lain termasuk makanan melayu yang menyajikan makanan halal yang boleh dinikmati semua lapisan masyarakat.
Menu yang paling popular di sini adalah Laksa Sarawak dengan Mee Jawa yang lazimnya disediakan seawal pagi untuk sarapan pagi.
Beginilah keadaan kedai minuman Chen Pung Hui yang menjadi tempat persinggahan warga Bandaraya Kuching untuk menikmati Sarapan Pagi di sini.Pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira kaum berkumpul bersama untuk menikmati makanan dan minuman yang disajikan di sini.
Laksa Sarawak dari Stall akak ni menjadi pilihan saya untuk bersarapan pagi pada kali ini.Stall Laksa Sarawak akak ni sudah sekian lama bertahun berjual di kedai minuman ini dengan keunikan rasa Laksa Sarawak nya yang tersendiri.
Sedap tak sedap ? datang dan rasai sendiri bagi yang dapat datang.Sekiranya anda bertanyakan pendapat saya akan cakap sedap.Kenapa ? kalau tak sedap takkanlah saya nak pergi dan makan dan dan siap post dalam blog ni kan ? hehehehe..
Rating Kesedapan saya boleh bagi 8.7/10 .Kira sedaplah tu...
Inilah rupanya hidangan LAKSA SARAWAK yang disajikan oleh Stall Akak tu.. Maaflah saya tak tahu nama.. kalau ada yang tahu nama sila bagitau kat komen dibawah k...
Sajian Laksa Sarawak nya nampak menyelerakan...
Apa yang paling memikatnya adalah rasa Sambal Belacannya....
Pendapat saya sebahagian dari rasa Laksa Sarawak turut dipengaruhi oleh Sambal Belacannya.... keenakan sambal belacannya menentukan juga rasa sesebuiah sajian Lakasa Sarawak.Saya kadang - kadang memesan Sambal Belacan yang lebih untuk menambah rasa dalam Laksa Sarawak.
Tak Percaya ? boleh cuba sendiri dulu....
Kepada mereka yang belum ada peluang atau berkesempatan untuk mencuba resepi Laksa Sarawak bolehlah mula mencuba Laksa Sarawak ni...Bagi yang menyukai keenakan pasti akan mencuba lagi.. tak rugi beb !
Laksa Sarawak dah ready.......
Bismillah....
*Credit to Akak Penjual Laksa Sarawak.....Nang Nyaman Laksa Sarawak dipolah Kitak Kak.... kelak - kelak kamek datang agik aok..
SELAMAT PAGI SI LAKSA SARAWAK.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment