#5 TODAY IS AZLAN RUMADI - 04.10.2015
AGAIN....
Sebelum Hari Raya Aidiladha yang lepas dalam keadaan jerebu yang menyelubungi bandaraya Kuching saya sempat "outting" sekejap bersama dengan kamera DSLR saya yang sentiasa menemani saya untuk berjalan di sekitar bandar Kuching pada hari itu.
Dijadikan cerita.. pada awal pagi itu saya menghantar saudara yang mengikuti trip casting di Kawasan Batu Kawa atau MJC Kuching Sarawak.Alang - alang saya buatlah outting di sekitar kawasan bandar ke beberapa lokasi untuk "Zoom In" Bandar Kuching ni..
Saya terfikir selama saya hidup di Bandar Kuching Sarawak ini rupanya banyak tempat yang saya pergi tetapi saya terlepas pandang akan suatu sisi yang saya tidak hayati selama ini dan dalam " Zoom In" kali ini saya berkesempatan dan berpeluang untuk berkongsikan beberapa sudut dan pemandangan bandaraya Kuching dari lensa kamera DSLR Canon saya untuk anda semua tidak kira di mana jua anda berada.
Dijadikan cerita.. pada awal pagi itu saya menghantar saudara yang mengikuti trip casting di Kawasan Batu Kawa atau MJC Kuching Sarawak.Alang - alang saya buatlah outting di sekitar kawasan bandar ke beberapa lokasi untuk "Zoom In" Bandar Kuching ni..
Saya terfikir selama saya hidup di Bandar Kuching Sarawak ini rupanya banyak tempat yang saya pergi tetapi saya terlepas pandang akan suatu sisi yang saya tidak hayati selama ini dan dalam " Zoom In" kali ini saya berkesempatan dan berpeluang untuk berkongsikan beberapa sudut dan pemandangan bandaraya Kuching dari lensa kamera DSLR Canon saya untuk anda semua tidak kira di mana jua anda berada.
Sampai di kawasan waterfront Kuching Sarawak saya Parking kereta dan bangunan lama dengan papan tanda niaga Chan Teo Guan ini menarik lensa saya kerana rekaan lama pada bangunan ini masih dikekalkan sehingga kini.
SENI UKIRAN PURBA MASYARAKAT PERIBUMI SARAWAK
Seni Ukiran Sarawak ini melambangkan masyarakat peribumi Sarawak yang pelbagai bangsa dan berbilang kaum terutama kaum dayak yang dipecahkan beberapa suku kaum yang meliputi seluruh kawasan Negeri Sarawak yang sangat mesra dan majmuk.Kesenian ukiran purba ini mempunyai kesenian yang tak ternilai dan dijadikan penghayatan pada keindahan dan later belakang sejarahnya yang unik dan tersendiri untuk dihayati dan dipelajari bersama.
MEDAN PELITA DAN GRAFITTI #TANAHAIRKU
Sudut Pandang Medan Pelita menjelang pagi yang indah.
JALAN CARPENTER KUCHING.
Tidak dapat berkata tidak jika Jalan ini mewakili imej dan identiti Kuching yang menjadi tarikan dan sebutan para pelancong asing.
Di hujung jalan ini terdapat sebuah tokong yang menghadap ke Bangunan Medan Pelita yang yang juga merupakan antara tokong yang tertua dan terawal di bina di Kuching.
Seterusnya saya kongsikan sedikit Kesenian Ukiran yang terdapat pada Tokong ini yang sangat halus dan sering menjadi tarikan pengunjung terutama pelancong asing yang datang ke tokomg tersebut untuk melihat dengan lebih dekat akan kehalusan seni bina tokong tersebut
Seni ukiran Naga ini dianggarkan berusia puluhan tahun dan mungkin lebih.
Ukiran yang bermotifkan alam semulajadi mengambil ukiran berunsurkan haiwan rusa dan tumbuhan - tumbuhan yang melambangkan keharmonian dalam diri dengan sifat menyayangi sesama mahkluk.
Seni Tampak pada dinding yang mengambil motif naga yang mengambil salah satu unsur dalam kalendar masyarakat kaum cina.
L E N S A
Lensa saya yang akan memburu pemandangan dan penampakan yang seterusnya.
SENI GRAFITTI KREATIF # TANAHAIRKU
MENUA KITAI | saya menganggap ianya tajuk yang diberikan kepada seniman yang menghasilkan grafitti kreatif ini untuk lukisan ini.Menua atau Asal/Halaman(Kampung) kita dan kitai bermaksud Kita yang membawa mesej jelas tentang kesedaran kita terhadap semangat cintakan tanah air yang diterjemahkan oleh seniman ini dengan memasukkan karektor wajah anak - anak yangh berbilang kaum membawa maksud perpaduan semua kaum dalam satu rumpun negara Malaysia dan paling utama perpaduan dalam memerlihara semangat cintakan Ibu Pertiwiku..Sarawak yang didiami oleh berbilang kaum dan suku kaum dari kesekian masa yang telah dilalui sebelum mencapai apa yang digenggam pada hari ini.
Syabas kepada seniman yang menghasilkan seni Grafitti kreatif ini.
Langkah kaki saya pada pagi itu diteruskan untuk menyusuri satu lorong ke Medan Pelita.
Wajah kota dari 3 bangunan..
Hotel Harbour View,Bangunan Medan Pelita dan Hotel Singgah Sana.
Lorong Pasar yang masih hening di pagi hari yang akan membuka tirai jualannya sejenak matahari mula menjulang di sukuan hari.
S E S C O
........JANGAN MAIN KARAN K...HEHE
Wajah - wajah kota dengan perspektif tersendiri yang mewarnai setiap sudut dan suasana harian bemula di suatu pagi yang tersendiri.
Langit yang mula menyilaukan cahaya dari Mentari pagi yang mula memancar.
Mentari yang sederhana sinarnya kerana jerebu membatasi sentuhan cahayanya pada pagi itu namun Kekuasaan Tuhan tidak akan pernah mengagalkannya menjalani fitrahnya.Matahari tetap memancarkan sinarnya.
Ukiran Naga pada dinding Tua Pek Kong yang terdapat di tengah bandararaya Kuching yang mana berhadapan dengan waterfront ini sering menarik mata untuk merenung keindahan warna nya dan seni nya.
Menuju ke waterfront lagi kita.
Jerebu sedikit merubah pemandangan kota yang menjadi samar - samar....
antara Hiasan yang sangat menarik.... arca ini merupakan air pancut yang memjadi perhiasan yang sangat menarik teruatama di malam hari.
Sedikit pemandangan ke Hotel Hilton yang antara hotel mewah yang terdapat di Kuching Sarawak.
Pemandangan pada satu aliran water fountain yang menenangkan jiwa pada hari itu.....bersyukurnya aku di sini pada hari itu...walaupun dalam jerebu.
Entah embun.. entahkan jerebu... kabus menyelubungi....
PERAHU TAMBANG SUNGAI SARAWAK
Rekaan unik Perahu tambang Sungai Sarawak ini hanya dapat dilihat di sungai Sarawak dan tiada seumpamanya di tempat lain.
Berikanlah sekali pengalaman anda untuk menaiki Perahu Tambang ini sebagai suatu pengalaman yang sentimental kerana usia perkhidmatan perahu tambang ini di Sungai Sarawak ini menjelaskan betapa insan - insan yang menjalankan nadi di Rezeki dan kehidupan diSungai Sarawak ini harus disanjungi dan dihargai demi mengekalkan nilai dan harga sebuah pencarian hidup semenjak kesekian lama ia di hidupkan di Negeri Sarawak.
Kita menelururi lagi jalan kita ke kawasan padungan.
P A D U N G A N
Padungan yang disirami mentari pagi yang samar.
MAJESTIC FURY BY HENRY RANGGAU MUDA 1993
Tiba-tiba saya terlihat satu arca di tepi jalan yang diberi tajuk MAJESTIC FURY BY HENRY RANGGAU MUDA 1993.
Arca yang berupa burung kenyalang ini rupanya sudah lama terletak di situ...mungkin saya yang tak nampak sebelum ini.. hehehehe...
MAJESTIC FURY BY HENRY RANGGAU MUDA 1993 disebalik pemandangan jerebu.. namun tetap menyerlah.
Apa yang kau bicarakan si bunga kuning ?
Kepada mereka yang berada di Kawasan Bandaraya Kuching wajib untuk merujuk kepada talian ini sekiranya terdapat perkara yang tidak diundang berlaku.
Kita jalan lagi...
Lagi
dan lagi....
sedikit lagi....
Siapa yang tak kenal dengan wajah Kucing yang terletak di tengah - tengah Bandaraya Kuching ini yang sering menjadi tumpuan dan lokasi pengambaraan untuk pelbagai rancangan TV ini....
Pagi ini Bunga Kuning menyambut langkah kaki saya untuk ke sini.
MENARA SEDC,SARAWAK PLAZA DAN HOTEL GRAND MAGHARITA antara yang mendiami kawasan padungan ini.Saya masih ingat ketika zaman pengajian saya dahulu saya sering berulang alik berjalan kaki untuk menulusuri kota Kuching dari India Street ke Waterfront Kuching dan Ke Sarawak Plaza pada hujung minggu yang indah bersama dengan kawan - kawan.
Hari ini umpama mengingatkan kembali suatu zaman yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu di Kotaraya Kuching Sarawak ini.
Kucing ini jugak yang setia untuk memandang siang dan malam bandar ini..
Cukup sampai di sini dahulu kita menyusuri bandar Kuching ini.. simpan untuk masa akan datang lagi k.. hehehe..
Sekarang kita jalan - jalan balik ke Waterfront balik..sambil - sambil lalu di Riverside Majestic Hotel.
The road we are taken for this morning.....morning Kuching City...
RIVERSIDE SHOPPING COMPLEX sedang dalam proses pembinaan sesuatu.
RIVERSIDE BANKS SUITES
Apa yang saya tahu Suites ini menempatkan ramai CEO - CEO dan pengurusan tertinggi syarikat - syarikat asing yang membuka perniagaan di Sarawak dan di sini lah mereka tinggal dan menginap.Namun bukan itu yang menjadi keutamaan saya.Apa yang menariknya pada pandangan mata saya adalah rekaan bangunannya.
Kali ini dari pandangan bawah dahulu...
Di Bawah bangunan Riverside Banks Suites tersebut terdapat satu tempat ruangan tempat duduk yang memberikan saya perspektif tertentu akan rekaannya yang yang seakan berkonsepkan simetri...
S I M E T R I
Antara 3 wajah kota
RIVERSIDE BANKS SUITES,KHATULISTIWA RESTAURANT, RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL
yang terdapat tanaman pokok pisang hiasan di ditengah tengahnya....
Jalan - jalan tiba - tiba ternampak dua orang yang sedang menunggang benda ni .. tak tahu apa nama nya ? namun sempat THUMP UP untuk kamera....well Morning peoples...
LATIHAN PASUKAN LIGA MALAYSIA ATM DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK.
Pagi itu,sempat saya melihat Pasukan ATM yang menjalani latihan memanaskan badan yang memilih Waterfront Kuching sebagai lokasi dan ceritanya mereka menginap di Harbour View pada hari itu.
Mereka yang dijadualkan menentang pasukan Ngap Sayot,Sarawak di Stadium Negeri Sarawak pada malam itu.
Dalam banyak pemain ini si Botak Indra Putra Mahyudin ini juga yang menarik perhatian.Saya mengagumi beliau selaku antara pemain yang terbaik dalam Malaysia dan saya boleh melihat sikap itu memang ada semasa menjalani latihan....
Setelah habis selesai menyaksikan latihan pasukan bola sepak ATM saya teruskan perjalanan lagi Waterfront...
Hasil kreatif anak tempatan Sarawak yang diperbuiat dari gabungan Basikal yang diwarnakan dengan Warna bendera Negeri Sarawak.
SINCE 1986.. tahun kelahiran saya.. bangunan ini dibina pada tahun kelahiran saya dan ianya seusia dengan saya.......kita sama geng
Pemandangan pagi di Kuching juga menyampaikan kegigihan insan yang gigih dan rajin untuk menyapu dan mengutip sampah di sepanjang jalan di Bandaraya ini bagi memastikan Kebersihan bandar ini.
Tidakkah tugas dan kerjaan beliau harus mendapat penghargaan dari kita semua...apa yang penting sebagai rakyat kita juga harus memainkan peranan dalam menyumbang ke arah kebersihan bandaraya kita..
Sarawak Dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat
Berjaya Berdaulat
*IBU PERTIWIKU*
Jejak di Sepanjang Bandar terhenti di sini sejenak..
Bila memandang pondok telefon ini mengingatkan saya pada suatu zaman dahulu zaman mengumpul duit syiling untuk menelefopn kawan - kawan.
Kita menjelajah ke lokasi yang seterusnya....
Seterusnya saya bergerak ke Kampung Gersik untuk pemburuan dengan lensa saya pula...
Meninggalkan Padungan untuk ke Jambatan Tol Kuching..
Di Jambatan Saya berhenti sejenak untuk memandang ke suatu pemandangan.Selalunya hanya lalu lalang saja di sini.Beberapa kali terniat untuk merakamkan gambar pemandangan bandar Kuching dari sini.Hari ini setelah sekian lama tercapai juga.. walaupun dalam keadaan jerebu..
KEHIJUAN FLORA NYA
Dalam kesamaran yang diselubungi jerebu.. ada warna - warna segar yang menutupi tanah dan bumi untuk menghiasi alam ini dengan ketakjuban kejadian sang Maha Pencipta.
Selamat pagi Paku dan Dedaunan.
Akhirnya hari ini niat terlaksana juga untuk mengambilk gambar pemandangan Bandar Kuching dari sini walaupun tak seindah biasanyta kerana jerebu yang memutih sedikit menganggu dan mengaburi pemandangan yang melukiskan nafas dan kehidupan kotanya.
Perjalanan diteruskan.
Melepasi Tol menuju ke Kampung Gersik.
Memasuki Kampung Gersik.
KAMPUNG GERSIK,BOYAN, KUCHING SARAWAK.
MIRA CAKE HOUSE
Kedai yang menjual aneka Kek Lapis Sarawak yang menjadi buah tangan untuk dibawa pulang terutama mereka yang datang mengujungi Kuching Sarawak dari Semenanjung Malaysia.Selain itu sarawakian yang datang dari jauh juga tidak melepaskan peluang untuk berbelanja membeli Kak Lapis Sarawak untuk di bawa pulang.
Selamat Pagi Boyan.
Mengintai Pemandangan Hotel Hilton yang terletyak di seberang dari celah pepohonan.....
Tangkai tangkai jeruk turut menghiasi alam di sini.
Nadi Sungai di Kotanya yang dijalani oleh Perahu Tambang yang membawa penduduk ke Seberang di Waterfront Kuching di Bandaraya Kuching.
SUNGAI DAN PENAMBANG
There something and something.. hehehhee
Sekali sekala menikmatio pemandangan Bandaraya Kuchiung dari Seberang Kampung Gersik memang mengasyikkan... pelbagai pemandangan , ragam dan gelagat yang dapat dilihat dari kejauhan yang mentyerjemahkan pelbagai pandangan dan pemikiran dan ilham yang datang.
KOMPLEK DAN MEDAN RAYA/ MASJA (MASJID JAMEK) KUCHING SARAWAK.
Belia dan remaja di kawasan Petra Jaya Kuching Sarawak jika di sebut tentang lokasi ini mesti akan membayangkan hujung minggu dan petang yang sesak dengan keriuhan kumpulan remaja yang berkumpul bersama sama dengan rakan - rakan dan sahabat sambil menikmati pemandangan dan aktiviti yang pelbagai di kawasan sekitarnya terutama mereka yang meminati bidang pemotoran.
Permotoran....hehehehe...
untuk kite aje... shhhhh...
JEGHAYA MASJA ( MASJID JAMEK )
Jalan yang sering menjadi trek lumba secara tidak rasmi...
aksi hati kering pada suatu masa dahulu...
di suatu babak... Kuching menjerit....
PUSTAKA NEGERI SARAWAK
masanya bergerak ke lokasi terakhir yang menyimpan jiwa,semangat dan sorakan yang memecah kemeriahan semangat pasukan.
STADIUM NEGERI PETRAJAYA KUCHING SARAWAK
Lokasi Terakhir saya menjenguk Stadium Negeri Sarawak Petra jaya... Tempat berlangsungnya pelawaanan bola sepak liga Malaysia.
Di Stadium ini bergemanya sorakan semangat Ultra GB13 dan pasukan penyokong yang lain yang memberikan semanngat kepada pasukan Sarawak setiap kali perlawanan berlangsung di Stadium ini tidak mengira apa pun keputusannya....
OOHHHHHH SARAWAK.........
OHHH SARAWAK.....
OHHH.. SARAWAK BUJANG SENANG....
KAMI DATANG..
KAMI DATANG...
SEMUANYA UNTUK SARAWAK....
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment