Wednesday, November 26, 2014

MAYA KARIN DAN ADIK - ADIK BERADIKNYA YANG CUN

 
MAYA KARIN | ataupun nama sebenar Maya Karin Roelcke dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth,Jerman.Tidak dinafikan pelakon,penyanyi dan pengacara ini adalah antara yang sering memukau para peminat dengan keanggunan kecantikan wajah yang anggun dan menawan.Pelakon yang berdarah campuran Jerman daripada ayahnya,Gottfried Roelcke dan ibunya,Che Zan yang berasal daripada Pulau Pinang merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik.Adik lelakinya bernama Armin,Kini menetap di Eropah dan adik perempuannya bernama Irina Melati yang kini bekerja di London sebagai Peguam Koporat.
 
Maya Karin mendapat pendidikan awal di Lim Kok Wing dalam bidang Media dan Pemasaran.Dia awal pembabitannya dalam bidang seni hiburan beliau mual dikenali sebagai pengacara dalam rancangan WAVELENGHT ( TV3 ) dan antara lakonan beliau yang paling Berjaya menerusi Filem OMBAK RINDU  dan HARUM SUNDAL MALAM.
 
Sepanjang kerjaya seninya,Maya Karin pernah memenangi beberapa anugerah.
Antaranya............
Artis Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 (ABPBH'01)
Pelakon Wanita Terbaik dalam "Pesta Filem Asia Pasifik ke-49", 2004 di Fukuoka, Jepun
Pelakon Wanita Terbaik dalam "Estepona Fantasy and Terror Film Festival 2005" di Spain
Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2005
Aktres Filem Pilihan Anugerah Oskar Malaysia Ke-5.
Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2008
Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular 2011
 

 



 

No comments: