Friday, November 14, 2014

PILIHAN DIRI : PILIH YANG POSITIF ATAU NEGATIF

Tidak dinafikan dalam kehidupan global yang semakin luas,pelbagai pengaruh dari pelbagai sudut sama ada dari dalam diri sendiri,dari orang lain mahupun persekitaran atau sekeliling kita sering bermain dalam kehidupan kita seharian.Dalam jatuh dan bangun kita pelbagai pelajaran dan pengajaran yang kita temui dalam mendewasakan pemikiran kita dalam menilai sudut kehidupan yang pelbagai segi.tidak dinafikan juga pelbagai halangan,cabaran dan rintangan dalam setiap langkah dan usaha kita dalam menjalani hidup.persoalannya sejauhmana kita mampu bertahan dan bersabar dalam menempuh kehidupan yang penuh kepayahan dan keperitan?

Setiap manusia yang lahir Tuhan kurniakan dua anugerah yang tak ternilai iaitu AKAL DAN FIKIRAN. Akal untuk kita beriktiar dan fikiran untuk kita mempertimbangkan sesuatu.kedua perkara ini haruslah diseimbangkan sebaik mungkin supaya kita menjadi manusia yang mampu menjalani hidup seoptimum mungkin.Berfikir tanpa akal menjadikan kita seorang yang pemalas tanpa berusaha.Manakala menggunakan akal tanpa berfikir akan menjadikan kita seorang melakukan perkara yang sia sia atau tanpa matlamat atau tiada penghujungnya.Tetapi kiranya kita mampu menyatukan akal dan fikiran maka kita mampu melakukan hampir apa saja yang kita sasarkan atau inginkan.Namun dari sudut lain akal dan fikiran haruslah disertakan dengan ilmu yang mencukupi.Tanpa ilmu samalah seperti seorang buta yang berjalan dlm gelap.Tanpa ilmu yang cukup adalah mustahil untuk kita menggunakan akal dan fikiran.Kerana dalam dunia ini ilmu adalah segala galanya.Kata bijaksana ILMU ITU PENYULUH KEHIDUPAN.

MENGGUNAKAN ILMU,AKAL DAN FIKIRAN DALAM MEMILIH KEHIDUPAN.

Dalam kehidupan kita,pasti kita akan menjumpai perkara perkara yang negatif dan juga positif tidak mengira dimana jua,mahupun dari sekeliling kita,pergaulan kita serta media seperti televisyen,radio dan media bacaan.Sesetengahnya secara tidak langsung akan mempengaruhi pemikiran dan akal kita hasil dari kemasukan dari apa yang kita dengar dan lihat.Nah,sekarang terpulang pada diri kita yang mana kita pilih? mahu memilih yang berunsur negatif atau positif?

Sekiranya kita menyedari betapa berharganya setiap kiraan masa,umur,nafas dan nadi kita yang masih berjalan,semestinya kita tidak akan mensia siakan kehidupan kita dengan merancang dan memanfaatkan kehidupan kita sebaik mungkin.Ini disokong kuat oleh diri seorang yang mempunyai matlamat dan cita cita dalam diri utk membina sesuatu kehidupan yang diidamkan.Seseorang yang menetapkan matlamat akan memerah apa jua usaha untuk mencapai kejayaan.Tetapi harus ingat,Usaha yang dilakukan mestilah usaha yang positif dan baik dengan mengetepikan unsur unsur atau gejala kurang sihat.TIADA JALAN PINTAS DALAM MENUJU KEJAYAAN.Berusaha janganlah sampai merosakkan pegangan dan nilai nilai murni dalam diri.

Setiap usaha yang dibuat mestilah disertakan dengan ILMU yang mencukupi.Dunia tanpa sepadan,memudahkan kita memperolehi pelbagai ilmu dan pengetahuan yang diperlukan.Tetapi ilmu yang dicari hendaklah tidak bertentangan dengan norma kehidupan dan fitrah manusia.ILMU yang terbaik mampu menghasilkan yang terbaik.ILMU itu sendiri adalah nilai dalam diri kita yang kita gunakan untuk menjalankan akal dan pemikiran dalam berusaha.Dengan adanya ilmu kita mampu HIDUP.Malah dalam semua kitab kepercayaan atau Kitab Agama juga banyak dan berkali kali menekan pentingnya menuntut ilmu bagi mengelakkan kita menjadi jahil dan miskin di dunia.MISKIN dari segi nilai diri,harta dan segalanya.

ILMU pengetahuan memainkan peranan yang penting supaya kita dapat membuat pilihan yang terbaik.Ilmu pengetahuan yang kita perolehi datang dari pelbagai cara.

1.PEMERHATIAN
2.PENGALAMAN
3.PELAJARAN
4.RUJUKAN

Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita menggunakan ilmu itu.Jika kita menggunakan dengan baik,baiklah jadinya.Jika kita memilih jahat,jahatlah jadinya.Tanya diri kita,yang mana kita pilih? positif atau negatif?

MASYARAKAT POSITIF DAN NEGATIF

Selain itu,dalam kehidupan bersosial atau bermasyarakat,banyak perkara dan persoalan lagi? Sikap manusia ada yang positif dan ada yang negatif mengikut kehidupan yang tersendiri.Setakat mana kita untuk menetapkan pendirian diri dengan pergaulan kita dalam hidup bermasyarakat?Pilihan haruslah sebaik mungkin agar kita tidak terjebak dengan pemikiran negatif yang banyak menghancurkan kehidupan hari ini.PILIHLAH JALAN YAN TERBAIK.

No comments: