Friday, November 21, 2014

TERIMA KASIH SEGALANYA DI HARI ULANGTAHUNKU.


ASSALAMUALAIKUM WBT.
SELAMAT PAGI,
SELAMAT HARI JUMAAT

Pertama sekali,Saya panjatkan syukur kepad hadrat ilahi kerana masih memberikan roh dan nyawa untuk saya terus bernafas di dunia ini.Alhamdulillah atas segala pemberian dan anugerah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Seterusnya Saya ingin berterima kasih kepada kamu semua yang menghantar ucapan Ulangtahun kepada saya.Mahupun dengan panggilan,SMS,Facebook,Whatsup, dan macam macam lagi.Tidak lupa kepada kamu yang mendoakan saya dari jauh dan dekat,utara dan selatan,tersirat dan tersurat.Semoga Allah memberkati dan merahmati anda kehidupan anda semua dan melimpahkan kebaikan dan keelokan hidupa dengan seluas hamparan ketenangan dan kekuatan.InshaAllah.

Seterusnya,Saya ingin berterima kasih kepada Kedua Ibubapa saya,Puan Rohani Tamam dan Ayahanda saya Rumadi Arshad.Terima kasih mak kerana melahir dan membesarkan saya sehingga menjadi diri saya yang tersendiri sampai saat ini.Terima kasih untuk setiap suapan rezeki dan kesabaranmu menghadapi diri anak yang berhutang nyawa dan hidup denganmu.Terima kasih kepada Ayanda saya yang mendidik saya tentang kehidupan dan perjalanan liku hidup.You are the best father that i ever had.Terima kasih kepada ayah kerana menyuluhi hidup saya dengan seadanya ilmu agama dan didikan sikap dan akhlak.Terima kasih untuk setiap rezeki yang diperah dari keringat darah yang mengalir di tubuhmu.Terima kasih segalanya Ibu dan Ayahku.

Terima Kasih juga buat saudara mara,rakan taulan,sahabat handai dan kawan - kawan yang selama ini masih setia untuk berdiri di belakang kehidupan saya.Terima kasih atas segala teguran dan nasihat yang bermanfaat.terima kasih atas segala ambil berat dan kasih sayang ketika dalam kesusahan dan kepayahan.Terima kasih untuk menjadi teman suka dan duka.

Terima kasih yang tak terhingga juga kepada musuh musuh,Pembenci dan pendendam kerana menjadikan saya seorang yang lebih tabah dan belajar tentang hidup.Terima kasih untuk setiap cabaran dan dugaan yang sangat bermakna dan beerti kerana mengajarku erti memahami fitrah dan lumrah hidup sehingga menjadikan diriku seorang yang redha pada segala ketentuan.
 
Alhamdulillah.
 
Doaku pada diriku semoga setiap umur dan usiaku menjadikan aku seorang yang lebih baik dan maju dalam segala segi.Sebagai hamba Allah dan sebagai seseorang di sisi manusia yang lain dan alam sekeliling yang semulajadiNya.InshaAllah/
 
Sekian dan terima kasih.
 
Azlan Rumadi
www.azlanrumadi.blogspot.com

No comments: