Thursday, November 27, 2014

BERHUJUNG MINGGU SAMBIL MEMANCING DI KAMPUNG SEMEBA,KOTA SENTOSA,KUCHING,SARAWAK


BERHUJUNG MINGGU SAMBIL MEMANCING DI KAMPUNG SEMEBA,KOTA SENTOSA,KUCHING,SARAWAK

 Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan kampung ini di sekitar Kuching.Mungkin kerana jarang - jarang di dengar,jarang - jarang disebut dan macam - macam lagilah.Pada Hujung minggu yang lepas saya dapat satu panggilan dari seorang seorang kawan ajak lepak kat kampung ni.

Punya jauh saya drive dari rumah menuju ke kampung ni,namun kerana rasa ingin tahu yang mendalam nak tengok tempat yang tak pernah saya pergi,saya teruskan perjalanan dan setelah beberapa follow up call dengan kawan saya akhirnya jumpa juga kampung ni di hujung belantara.

Kampung ni terletak di hujung jalan di KAMPUNG HAJI BAKI,KOTA SENTOSA,KUCHING SARAWAK.kemudian lurus je masuk ke dalam sampai jumpa LORONG NO 10...masuk.. kemudian belok kiri kat simpang yang ada patung ikan... SAMPAI KE DESTINASI.
-Mengikut explaination kawan saya masa tu-



APA YANG BEST KAT KAMPUNG SEMEBA NI?

Pertama sekali anda sampai kat kawasan ni anda akan di sambut dengan pemandangan yang sangat MENENANGKAN.Sungguh menenangkan dengan tasik yan tenang dan boleh melihat pemandangan langit biru dengan kapal terbang yang baru berlepas dari LAPANGAN TERBANG ANTRA BANGSA KUCHING. Tetapi apa yang lebih menariknya tempat ini sebagai destinasi keluarga di hujung minggu adalah kita boleh memancing di dalam tasik tersebut.Sambil - sambil santai - santai menikmati pemandangan alam semula jadi yang membuat kita relak dengan angin yang sepoi - sepoi bertiup.

Namun untuk pertama kali berkunjung ke sini saya dengan kawan saya memutuskan untuk CATCH,PICTURE AND RELEASE.. maksudnya...pancing,dapat ikan,tangkap gambar dan lepas balik ke tasik. hihi..

Antara ikan yang terdapat di sini adalah Ikan keli,Ikan patin,Ikan Sultan,dan pelbagai lagi.Anda juga dibenarkan untuk membawa Peralatan memancaing anda sendiri.

Untuk setiap ikan yang anda dapat tangkap.sekiranya anda ingin membawa pulang anda hanya di kenakan bayaran RM7.00 / kilogram.Memang berbaloi lah.. lagipun kalau nak buat barbeque teruspun boleh kat di situ.Peralatan untuk memanggang juga di sediakan oleh tuan tanah untuk para pengunjung yang ingin memanggang ikan.Cuma bayar dulu ler.









Selain itu tempat ini juga menyediakan jualan IKAN KELI HIDUP dengan bayaran RM7.00/KG bagi yang ingin membeli dan di bawa pulang.

Terdapat juga CAFE yang menjual minuman dan pelbagai makanan ringan bagi yang haus menunggu ikan memakan umpan.

Kesimpulannya,
Tak sia - sia datang dari jauh dan susah payah cari tempat ni.Boleh dijadikan salah satu hujung minggu untuk menenangkan fikiran dan bersantai bersama member sambil mencari ilham macam mana memperKAYAkan kandungan blog saya ni.

Kepada mereka yang meminati aktiviti memancing ni.. bolehlah melepaskan gian memancing anda di sini. OK..
 






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com




No comments: