Friday, November 14, 2014

MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN 5 SARAPAN YANG BERKHASIAT.


SELAMAT PAGI | Sarapan pagi memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi kesihatan kita dalam seharian kehidupan kita.Ini termasuk mengambil pemakanan yang sihat dan betul untuk memastikan badan kita mendapat nutrient yang secukupnya.Namun setakat mana kita mengambil berat tentang sarapan pagi yang kita ambil.Penyelidikan tentang kesihatan menunjukkan mereka yang sedang dalam mengamalkan diet dengan mengambil sarapan pagi yang terancang adalah LEBIH BERJAYA dalam menurunkan beratkan badan.Terancang disini merujuk kepada sihat,betul dan teratur dengan menguasai pengetahuan pemakanan yang sesuai mengikut perancangan masing masing.Apa yang lebih menarik,mereka yang mengamalkan sarapan pagi yang sihat mendapat lebih zat serat,kalsium,vitamin A dan C,riboflavin,Zinc dan zat besi serta mendapat faedah tahap kolestrol yang terkawal dan kurang lemak.Ini disokong oleh mengambilan makanan seperti bijirin yang kaya dengan mineral dan vitamin serta buah - buahan yang kaya dengan nutrien yang menyihatkan.

Memetik kenyataan  Brierley Wright, M.S., R.D., Nutrition Editor

 " But that doesn't mean you have to eat cereal to stay or get trim. Instead, mix-up your morning meal and try one or a few of these 5 healthy breakfast foods that help you lose weight "

Di sini saya ingin kongsikan LIMA jenis makanan sarapan pagi yang menyihatkan terutamanya kepada mereka yang MERANCANG untuk menurunkan berat badan,SEDANG dalam proses menurunkan berat badan serta bagi mereka yang ingin MENGEKALKAN berat badan mereka.


1. RASPBERI


Pengambilan satu cawan raspberi membekalkan sekurangnya 8 gram serat ( melebihi setengah dari secawan strawberi dan menyamai secawan kekacang dan sejenisnya).Penyelidikan terbaru yang dibuat oleh pakar pemakanan menyarankan supaya mengamalkan pemakanan berserat tinggi untuk mengelakkan kenaikan berat badan serta menggalakkan penurunan berat badan dalam masa yang sama.Mengambil sekurangnya 8 gram yang mana boleh membakar 1000 kalori mampu menurunkan sehingga 4.5 paun  berat badan.

2.OATMEAL


Oatmeal boleh mambantu kamu menurunkan berat badan dalam dua cara.

               i. Ianya padat dengan serat serta kelebihan mampu mengekalkan tenaga untuk aktiviti  
                   sepanjang hari.

               ii. Laporan  Journal Of  Nutrien menyatakan pemakanan sarapan yang diperbuat dari "slow-                   release" karbohidrat seperti bijiran dan oatmeal 3 jam sebelum  SENAMAN 
                   mampu membantu membakar lebih lemak dalam tubuh badan.


3.YOGURT

Merujuk kepada laporan terbaru yang dikeluarkan oleh New England Journal Of Medicine, terdapat 5 Jenis makanan yang berkaitan penurunan berat badan.Salah satunya adalah YOGURT.Kenapa Yogurt ? Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt memberikan kelebihan sekiranya kamu berhasrat untuk perketerampilan lebih ramping.Kajian terhadap orang ramai tentang pengambilan yogurt juga mendapati mereka yang mengambil yogurt selama 11 minggu mampu menurunkan sehingga 42 % daripada berat badan mereka bersamaan satu pertiga kandungan lemak dalam badan mereka.Selain itu,mereka yang mengambil yogurt secara kerap adalah 7 peratus lebih ramping.


4. PEANUT BUTTER ( MENTEGA KACANG )


Penyelidik Harvard menyatakan peanut butter adalah antara 5 makanan terbaik dalam menurunkan berat badan.Pengambilan mentega kacang yang diambil bersama roti di pagi hari membekalkan tubuh badan dengan "Slow-release" karbohidrat.Selain itu cara lain memanfaatkan kekacang adalah menambahnya di dalam hidangan oatmeal.

5. TELUR



Telur baik untuk diet harian kerana kandungan Protein dan OMEGA nya.Perbandingan dengan karbohidrat dan lemak ,Protein adalah lebih baik untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan untuk aktiviti harian.Tambahan pula,Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan diet dengan pengambilan telur merasa lebih segar dan bertenaga dan mampu dua kali ganda menurunkan berat badan bersamaan dengan kalori yang sama dalam bagel untuk sarapan pagi


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com





No comments: