Thursday, November 20, 2014

RUSIA MULA MENGUKUHKAN RIZAB EMASNYA

 
 
 
EMAS | Apa yang menarik sangat pasal emas ni ? Emas...saya pun masih tertanya apa yang menarik dan bernilainya pasal emas ni ? pagi ini, saya belek - belek dekat laman YAHOO terbacalah satu posting bertajuk "WHY PUTIN IS BUYING SO MUCH GOLD " yang diterbitkan pada 19 November 2014.Lagi satu pertanyaan.. kenapa ? apa yang best sangat pasal emas ni ?
 
Kenyataan (CEC: Pusat Pertukaran Komoditi : @ GC.1) menayatakan bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin mula berminat mengenai Emas.
 
William Rhind,CEO Perkhidmatan Amanah Emas Dunia juga menyokong kenyataan itu mengatakan bahawa dengan pendapatan yang diperolehi dengan menjual minyak (Intercontinental Exchange Europe: @ LCO.1), Rusia mempelbagaikan rizab dengan membeli sejumlah besar emas dari bank - bank pusat.Ini menjadikan Rusia adalah Negara yang "terbesar" dan "aktif" sebagai pengumpul emas.Yang paling mengejutkan dalam diam - diam Rusia juga telah membeli emas dari China,Tetapi buat masa ini Angka sebenar nilai belian Emas tersebut tidak didedahkan.
 
Laporan dari Majlis Emas Dunia juga menyebut bahawa bank - bank pusat mula meningkatkan dan mengukuhkan rizab emas mereka termasuk Negara Rusia.Majlis juga menyatakan "ini didorong oleh beberapa faktor termasuk ketegangan geopolitik yang berterusan dalam US DOLLAR.
 
Namun Rhind juga menjelaskan bahawa langkah dalam membeli emas bukanlah satu trend yang baru dalam mata wang global.Rhind juga percaya ini bukanlah menandakan bahawa peralihan standard kepada factor emas.Ia hanyalah factor "mempelbagaikan" sahaja.Dalam banyak  hal mereka melihatnya sebagai tidak terlalu berbeda dari mengapa ada orang yang memiliki emas.
 
Setakat ini separuh daripada semua emas yang ditambah kedalam rizab bank pusat (kira - kira 55 daripada 96 tan metric )telah dibeli oleh Rusia.Mengikut laporan Majlis Emas Dunia.
 
Tahun ini,Bank Pusat Rusia telah membeli kira - kira 150 Tan Metrik Emas,Laporan Ketua Bank Rusia,Elvira Nabiullina pada Selasa Lepas.
 
Daripada Laporan - laporan yang diberikan di atas pelbagai persoalan yang timbul.Adakah Kerajaan Rusia yakin bahawa emas akan menjadi sesuatu yang sangat bernilai pada masa hadapan dengan percaya bahawa harga emas akan naik ke satu tahap yang menguntungkan ?
 
 
Dengan tindakan kerajaan Rusia ini apakah akan mempengaruhi pasaran dan pelabur dalam sector komoditi termasuk Emas secara amnya?
 
Emas secara umumnya seperti yang kita tahu merupakan komoditi yang sangat bernilai dengan catatan kenaikan harga dari setahun ke setahun.Jadi emas juga merupakan menyimpan nilai yang sangat stabil berbanding wang kertas.Jadi melihat kepada apa yang berlaku secara menyuluruh.Apakah ada kemungkinan bank - bank dunia suatu hari nanti akan beralih kepada standard emas berbanding standard wang yang sedia ada?


No comments: