Monday, November 24, 2014

BERHUJUNG MINGGU DENGAN MEMBELI BELAH DI SERIKIN,BAU SARAWAK


BERHUJUNG MINGGU DENGAN MEMBELI BELAH DI SERIKIN,BAU SARAWAK
 
 Hujung minggu pada hari Sabtu atau Ahad kebiasaannya dalah hari yang terluang untuk kita bersiar - siar dan melakukan aktiviti - aktiviti yang ingin kita lakukan selepas penat berkerja sepanjang minggu.Di sekitar Bandar Kuching terdapat banyak tempat - tempat yang menarik untuk kita memanfaatkan masa di hujung minggu.Bagi yang suka membeli - belah,SERIKIN adalah salah satu tempat yang ideal untuk bershopping sakan dihujung minggu.Lebih - lebih lagi selepas terima gaji ataupun bagi yang ingin membeli belah pada budget yang lebih jimat.
 

SERIKIN yang teletak tidak jauh dari sempadan Indonesia adalah tempat tumpuan para pedagang dari Seberang untuk menjual pelbagai barangan untuk para pengunjung.Terdapat bermacam - macam jenis barangan yang dijual di sini.Dari makanan,Perabot,Langsir,Kain Baju, Hasil hutan,Barangan antic dan banyak lagi jenis barangan yang lain.Yang menariknya barangan yang dijual di sini boleh ditawar dengan harga yang sangat murah.

Kebiasaannya pada hujung minggu Serikin akan menjadi tempat tumpuan yang dating dari pelbagai tempat,termasuk pengunjung dari Semenanjung Malaysia yang datang untuk membeli barangan di sini.Selain itu pengujung yang datang dari Miri dan Brunei Darussalam adalah antara pengunjung yang datang untuk membeli belah di sini.





KAIN LANGSIR adalah antara yang terjual di sini.


Terdapat pelbagai pilihan kain dan baju untuk dipilih.



Barangan Kemas Perak juga dijual di sini.Namun anda dinasihatkan suapaya memeriksa barangan dengan teliti bagi memastikan kualiti adalah ASLI dan mengeelakkan di tipu oleh sesetengah penjual.


Terdapat juga barangan perhiasan rumah yang cantik dan menarik untuk mereka yang menggemari perhiasan rumah yang pelbagai jenis.



Beg dan Kasut juga adalah sebahagian yang di jual di SERIKIN.





Ikan - ikan kering juga terjual di sini dalam harga yang jauh lebih murah.Sekiranya anda mengambil dalam jumlah yang banyak boleh meminta pengurangan dari Penjual.



Permainan yang menarik untuk Kanak - kanak.






Minyak - minyak urut.


BAKSO yang merupakan makanan yang terkenal di INDONESIA turut di sediakan untuk pengunjung yang ingin mencuba selera masakan Indonesia.


Selain itu terdapat juga pelbagai barangan seperti barangan hutan yang yang terdiri dari pelbagai jenis.Termasuk perabot seperti kerusi dan meja yang diperbuat daripada rotan. 










Dihujung sekali terdapat mereka yang menjual hasil - hasil pertanian yang terdiri daripada hasil hutan,Buah - buahan dan Sayuran.






 




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my





No comments: