PELBAGAI JUALAN YANG OWESOME DI KAMPUNG BUNTAL,SANTUBONG,SARAWAK
Kuching mempunyai banyak tempat tempat yang menarik dengan kepelbagaian budaya dan aktivitinya.Salah satu yang paling menarik adalah Kampung Buntal yang terletak di Santubong.
Kampung Buntal yang merupakan sebuah kampung Nelayan sememangnya sangat terkenal dengan ikan yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan.Malah Isteri kepada Ketua Menteri sekarang sering berkunjung ke sini untuk membeli keperluan untuk membuat lauk.
Setiap Hujung minggu saya sering meluangkan masa untuk berkunjung ke Kampung Buntal untuk melihat jualan yang diadakan warga tempatan di sana.Terdapat ikan ikan segar,sayuran dan hasil laut yang lain seperti ketam,ambal,lala,kerang dan pelbagai lagi.
Selain itu,terdapat jualan makanan dan pelbagai kuih muih yang semestinya menarik selera para pengunjung yang datang ke sini.Kuih Muih yang dijual adalah seperti kuih penyaram,cucur pisang yang turut dapat dinikmati dengan pemandangan laut yang cantik.
Botok botok juga turut dijual disini.
Botok botok juga turut dijual disini.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment