Friday, November 28, 2014

OSAMA YAMANI MEWARISI BAKAT NYANYIAN AYAHNYA,JAMAL ABDILLAH.

OSAMA YAMAMI | Anak sulung kepada RAJA POP Malaysia JAMAL ABDILLAH tidak dinafikan mempunyai bakat nyanyian seperti ayahnya juga.Seperti kata pepatah Melayu " Mana Tumpahnya Kuah,Kalau Tidak Ke Nasi ".

Baru - baru ini satu video yang memaparkan aksi Osama sedang test power suaranya menjadi hangat di Laman social.Mana tidaknya apabila dalam video itu Osama menyanyikan lagu Derita Cinta,nyanyian BABAH ( panggilannya kepada Jamal Abdillah ) dengan penuh emosi dan penghayatan sekali.



Tidak di nafikan bahawa Osama yang baru berusia 13 tahun pada tahun ini telah mewarisi bakat nyanyian daripada ayahnya.Malah pada Sambutan Hari kebangsaan ke 57 yang lalu Osama Muncul pada Konsert Nostalgia Jamal yang berlangsung di Panggung,Istana Budaya.


Osama mengakui bahawa dia meminati bidang nyanyian seperti mana Babahnya,malah dia berhasrat untuk mengikut jejak langkah JAMAL ABDILLAH ke dalam bidang seni nyanyian.Tetapi dia tidak akan mengabaikan  pesan Babahnya supaya menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.

Kita doakan semoga cita - cita Osama tercapai bagi memeriahkan industri Seni Nyanyian Tanah Air.





No comments: