Saturday, September 20, 2025

BISMILLAH, TRIP PENERBANGAN DARI KUCHING KE KUALA LUMPUR KE PULAU LANGKAWI.


Alhamdulillah...Tahun 2025 merupakan tahun yang agak rare.... pernah mengimpikan menjejak kaki ke Pulau Langkawi yang terkenal dengan sejarah Mahsuri dan kali ini Allah swt memberikan kesempatan untuk bertandang ke Tanah yang mempunyai sejarah yang tidak lebih kurang seperti sejarah kelahiran saya iaitu Legenda Dayang Esah Tandang Sari.

Perjalanan saya pada kali ini bersama dengan kawan sekerja dan seperjuangan dan Perguruan ? IZAM.

Sudah lama tidak melalui perjalanan dengan 2 kali flight semenjak pergi Umrah pada tahun 2014 iaitu perjalan Kuching ke Kuala Lumpur ke Jeddah Arab Saudi.

Perjalanan seawal pagi dari rumah di mulai dan penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur sedikit delay dari jam 09.40 pagi ditangguh kepada 10.05 pagi melalui Gate 1 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Kemudian melalui penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi pada jam 01.15 Petang melalui Gate J10.

Kami mendarat dan selamat sampai di Pulau Langkawi pada kira - kira jam 2 petang.















Alhamdulillah mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dan sedang menuju ke Gate J10 untuk meneruskan pernerbangan Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi.

















































 AZLAN BIN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: