Saturday, May 21, 2016

PROFILE RINGKAS DAN FOTO - FOTO DI HARI KEMATIAN BINTANG LAGENDA ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE


PROFILE RINGKAS DAN FOTO - FOTO DI HARI KEMATIAN BINTANG LAGENDA ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE

Perginya bintang yang tiada ganti ke sisi Ilahi.P.Ramlee atau panggilan penuh Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee Merupakan seorang bintang yang mempunyai bakat yang tiada tolok bandingnya.Pengaruh filem - filem yang dilakonkan mahupun dihasilkan oleh beliau merupakan satu keistimewaan yang tiada ganti.Oleh kerana itu,kepergian beliau merupakan satu kehilangan yang sangat besar dalam dunia seni tanah air.Beliau seorang lagenda dan nama beliau masih menjadi sebutan hingga ke hari ini dan karya - karya beliau masih kukuh melekat di sanubari di seluruh pelusuk tanah air sehingga lah menjelalajahg ke seberang negera Indonesia.

PROFILE RINGKAS ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE

Nama penuh beliau adalah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh .Beliau di lahirkan pada 22 Mac 1929 setelah selesai Khutbah Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang.Beliau adalah anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim  dan Che Mah Hussein.

Nama "Ramlee" adalah daripada panggilan arwah neneknya (Ibu Che Mah ) kerana kesukaran memanggil nama "Teuku Zakaria".

Tan Sri P.Ramlee mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Francis Light English School.Beliau seterusnya menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua pada ketika itu.Ketika zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau sempat belajar di Japanese Navy School (Kaigun Gakko) sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.

Beliau pernah bekahwin tiga kali.Isteri pertama beliau adalah Junaidah Daeng Haris ( 1950-1954).Manakala Isteri kedua adalah Noorizan Mohd Noor ( 1955 - 1961 ) dan sehingga lah isteri yang ketiga iaitu Saloma (1961 sampai akhir hayat ).

Sepanjang hayat beliau,Tan Sri P.Ramlee telah menghasilkan 401 lagu dan 66 buah filem.


BERITA KEMATIAN ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


PENGHARGAAN SELEPAS PEMERGIAN  BELIAU

 Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P Ramlee pada tahun 1986.

 Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P. Ramlee.

Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Pemerintah Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang (Posthumous) (DA (P)) pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.

Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, beliau telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program Anak Gemilang Malaysia yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaan dalam menaikkan nama negara di mata dunia.

Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk P. Ramlee the Musical... Hidup, Cinta dan Inspirasi.

 
FOTO - FOTO DI HARI KEMATIAN  ALLAHYARHAM P.RAMLEE









Gambar atau foto ini merupakan foto yang terakhir beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia.



Semoga Allah menempatkan Allahyarham dalam golongan yang beriman dan dimuliakan di sisiNya.

AL-Fatihah.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

credit gambar dari sini

No comments: