Monday, May 30, 2016

MAJLIS PERKAHWINAN ANDRIANO DAN NURUL FITRI DI KAMPUNG KOLONG 2 MATANG, KUCHING,SARAWAK.


 MAJLIS PERKAHWINAN ANDRIANO DAN NURUL FITRI DI KAMPUNG KOLONG 2 MATANG, KUCHING,SARAWAK.

Bismillahirrahmanirrahim...Subhanallah,Walhamdulillah,Laillahailalallah,Allahuakhbar.

Pertama sekali saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih atas aluan dan jemputan dari Tuan Misno Sana serta Isteri ke Majlis Perkahwinan dan persandingan anakandanya Saudara Andriano dengan pasangannya Nurul Fitri yang berlangsung dengan meriahnya di Kampung Kolong 2 di Matang Kuching Sarawak semalam pada 29 Mei 2016,Hari Ahad.

Perkahwinan yang dilangsungkan dengan adat istiadat Jawa berlangsung tertib dan diserikan dengan persembahan silat dan paluan gending gamelan jawa yang dimainkan oleh kumpulan Sri Warisan yang terdiri dari anak - anak jati dari Kolong 2.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayanda pengantin lelaki Tuan Misno kerana saya berpeluan untuk menyaksikan dengan lebih dekat adat Masyarakat Jawa di Sarawak.Mungkin ini adalah kerana secara jujur saya juga merupakan keturunan separa Indonesia kerana ayah saya berasal dari Indonesia.Maka, sedikit sebanyak terdapat sedikit persamaan dengan adat perkahwinan yang saya pernah saksikan di kampung halaman ayahs aya pada tahun lepas contohnya perhiasan Janur ( hiasaan anyaman daun muda ) bagi menghiasi segenap ruang kawasan berlangsungnya perkahwinan.

BACA JUGA : MENUNGGU SENJA DAMAI MEI 2016 DI PANTAI PUTERI,SANTUBONG SARAWAK

Saya berasa amat senang sekali menghadiri majlis ini kerana ianya membuatkan saya sedikit merasa pulang ke kampung halaman ayah saya di Pulau Serasan.

Majlis Persandingan yang berlangsung dalam cuaca terang dan cerah ini turut dihadiri oleh barisan Tetamu Jemputan dari pelbagai Jabatan dan Organisasi.Selain itu kehadiran sanak saudara dan rakan sahabat handai samaada dari  pihak kedua pengantin dan juga selaku Tuan Rumah, Tuan Misno turut meramai dan memeriahkan Majlis persandingan pada hari yang sungguh indah itu.


Namun atas sebab urusan yang tidak dapat dielakkan saya terpaksa meninggalkan majlis lebih awal padahal kalau diikutkan saya teringin sangat menyaksikan adat perkahwinan sehingga selesai.

Walaubagaimana pun saya mendoakan

Semoga Allah memberkati dan merahmati kedua pasangan pengantin dan seluruh ahli keluarga kedua mempelai.
Semoga rumah tangga yang dipayungi Allah swt berkekalan sampai kiamat.
Semoga Allah melimpahkan seluruh rezeki .
Semoga Allah mengurnikan zuriat - zuriat yang mursyid.
Semoga Allah menjadikan keturunan yang berjaya di Dunia dan sempurna di Akhirat.
" Jaya - jaya sempurna jaya"

Lillahirobbilal alamin.

Tahniah kepada Tuan Misno Sana..Selamat menerima menantu..
Tahniah kepada kedua pasangan.Andriano dan Nurul Fitri.selamat pengantin baru...

Sembah hormat,kemurnian adat,kemesraan Sillaturrahim dan Limpah Rahmat Berkat Gusti Allah.


ACARA PENYAMBUT TETAMU KE MAJLIS PERSANDINGAN ANDRIANO DAN NURUL FITRI





































KETIBAAN PASANGAN PENGANTIN KE MAJLIS PERSANDINGAN






















































UPACARA MENEPUNG TAWAR DAN MERENJIS MAWAR BAGI MENDOAKAN KEDUA PASANGAN PENGANTIN







































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: