Sunday, May 29, 2016

#8 TODAY IS AZLAN RUMADI - INDIA STREET DAN SEKITARNYA DI HARI SABTU MEI 2016


#8 TODAY IS AZLAN RUMADI - INDIA STREET DAN SEKITARNYA DI HARI SABTU MEI 2016

Tempat sama namun tidak akan pernah memberikan hari yang sama dan menjemukan.Kita mungkin ada rutin kita melalui tempat yang sama setiap hari dan lokasi - lokasi yang sama setiap hari tetapi pecayalah setiap hari adalah tidak sama dengan apa yang anda lihat,dengar,hidu dan rasakan dan sesungguhnya setiap hari itu adalah unik dan tersendiri.

Anda boleh cuba untuk berada di tempat yang sama pada setiap hari hari namun apa yang ada di depanmata anda adalah tidak sama dan sentiasa memberikan anda pemandangan yang baru serta perkara - perkara baru yang berlaku dalam setiap detik.Oleh kerana itu,saya berani untuk mengatakan bahawa saya ada kalanya suka untuk pergi atau berada di suatu tempat yang sama setiap masa.

Begitu juga hujung minggu hari Sabtu sebegini kerana kita boleh melihat pelbagai jenis manusia dengan ragam,sikap,penampilan dan banyak lagi ciri - ciri tersendiri dari apa yang kita lihat. bandaraya Kuching yang saya lihat setiap hujung minggu terutamanya di lokasi di India street sememangnya tidak pernah membosankan saya.
 

 Seperti kebiasaannya kesempatan hujung minggu sebegini  saya membawa "senjata" saya untuk merakam pemandangan hujung minggu di sekitar India Sreet dan sekitarnya.Sambil menyaksikan bagaimana kesibukan warga kotanya yang berhujung minggu.Juga diri saya sendiri dengan kesempatan hujung minggu sebegini berjalan bagi melihat kota dan ,mengamati wajah - wajah kota.


Sekali sekala outing dengan kamera walaupun saya ini bukanlah professional namun banyak yang saya nak rakamkan dan kongsikan kepada semua kerana seperti yang saya jelaskan tadi setiap pemandangan adalah takkan sama dalam sekelip mata.

Seterusnya saya kongsikan gambar - gambar yang saya ambil sepanjang di India Street dan sekitarnya.





























AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: