Tuesday, May 17, 2016

SENARAI TERKINI ( 2016 ) KABINET NEGERI SARAWAK



SENARAI TERKINI ( 2016 ) KABINET NEGERI SARAWAK 

 13 Mei 2016 pada Jumaat yang lalu Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Haji Satem atau lebih mesra dipanggil Tok Nan yang merupakan Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan barisan kabinet yang akan membantu beliau menjalankan pentadbiran dan pengurusan Negeri Sarawak untuk penggal atau tempoh yang mendatang.

Penyenaraian ini dibuat setelah Parti Barisan Nasional telah berjaya memenangi 72 kerusi daripada keseluruhan 82 kerusi yang dipertandingkan.Ini menunjukkan 87.8 peratus penguasaan Parti Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Pengumuman ini dibuat sejurus majlis angkat sumpah bersempena dengan pelantikan menteri - menteri yang dipertanggungjawabkan memegang port folio Kementerian dalam negeri Sarawak.Beliau membuat pengumuman itu semasa sidang media di Bangunan Dewan Undangan negeri Di Kuching pada Jumaat yang lalu.


Selain itu Tan Sri Adenan Satem turut mengumumkan akan melantik Menteri Muda tidak lama lagi bagi bersama - sama beliau dalam memacu pentadbiran negeri Sarawak,

Semestinya rakyat Sarawak menantikan kejutan dan banyak lagi perubahan dan pembangunan yang akan diteruskan oleh Barisan Kabinet pada kali ini setelah banyak pembangunan dan perubahan melalui pelaksanaan projek dan dasar pembangunan negeri Sarawak yang di berada pada tahap yang sangat baik setakat ini.

Semoga Sarawak dalam aman makmur bahagia.

Berikut adalah barisan kabinet baru kerajaan negeri Sarawak yang mengangkat sumpah jawatan :

Ketua Menteri
  Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Hj. Satem

Timbalan Ketua Menteri :

1. Tan Sri Datuk Amar Dr. James Masing
2. Datuk Amar Douglas Uggah ak Embas
3. Datuk Amar Abg Johari Tun Openg

Menteri Penuh:
1. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem
- Menteri Kewangan
- Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar

2. Tan Sri Datuk Amar Dr. James Masing
- Menteri Pengangkutan dan Pembangunan Insfrastruktur

3. Datuk Amar Douglas Uggah
- Menteri Permodenan Pertanian & Ekonomi Luar Bandar

4. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian
- Menteri Perumahan dan Urbanisasi

5. Datuk Dr. Sim Kui Hian
- Menteri Kerajaan Tempatan

6. Dato'Sri Wong Soon Koh
- Menteri Kewangan Kedua

7. Datuk Hjh Fatimah Abdullah
- Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Masyarakat

8. Datuk Michael Manyin Jaong
- Menteri Belia dan Sukan

9. Datuk Amar Awg Tengah Ali Hassan
- Menteri Pembangunan Usahawan, Perdagangan, Pelaburan dan Industri
- Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II

10. Datuk Dr Stephen Rundi Utom
- Menteri Kemudahan Awam



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

No comments: