24 Ogos 2025, Ahad. Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching dengan kerjasama Biro Teknikal dan Kejurulatihan Rumpun Silat Sarawak telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Peraturan Baru Penchak Silat Olahraga Tahun 2025 di Pusat Latihan Sukan Rumpun Silat Sarawak, Bangunan Sego.
Bengkel yang berlangsung ini turut melibatkan Jurulatih Pusat MSN/SSC, Pegawai Teknikal dan Jurulatih-Jurulatih perguruan Rumpun Silat Sarawak.
Bengkel pada kali ini berjaya menarik minat lebih kurang 16 Perguruan - perguruan Silat di Rumpun Silat Sarawak yang bertujuan menyelaras dan mengemaskini peraturan baru Penchak Silat bagi tahun 2025 yang melibatkan pindaan beberapa syarat dan pertandingan serta peraturan yang telah di buat oleh PERSILAT pada baru - baru ini.
Secara asasnya pindaan ini melibatkan 16 Perkara yang mesti dipatuhi oleh pesilat yang akan menyertai pertandingan yang bernaung di bawah PERSILAT dan PESAKA.
Program ini juga memberikan peluang kepada para persilat perguruan untuk mengetahui teknik - teknik yang boleh digunapakai dalam pertandingan disamping menambahbaik kualiti dalam perlawanan.
Program ini juga bertujuan bagi persiapan dan mengemaskini Perguruan dan pesilat dengan peraturan baru yang akan digunakan pada Temasya Seni Silat Anjuran Rumpun Silat Sarawak Wilayah Kuching pada 19 September 2025 yang akan datang.
Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment