BERHUJUNG MINGGU DI MEDAN NIAGA SATOK PADA SEPTEMBER 2014
Hari ini seperti kebiasaannya membawa mata dan hati ke Medan Niaga Satok.Seawal pagi keadaan yang dah sesak sampai nak setengah jam mencari parking.akhirnya berjaya juga berkat kesabaran. Medan Niaga Satok, di sinilah tempat kebanyakkan Masyarakat seluruh Kuching mendapatkan barangan keperluan seperti sayur - sayuran, buah - buahan dan pelbagai lagi termasuk kuih muih turut menjadi tumpuan para pengunjung.
Tidak mengira mahupun pengunjung yang terdiri dari penduduk tempatan ataupun pelancong dari negara luar menjadi Pasar Niaga Satok ini sebagai satu tempat untuk mendapatkan gambaran akan keunikan bandaraya Kuching,Sarawak kerana lazimnya di sini juga menghimpunkan kebanyakan budaya dan pemandangan masyarakat majmuk seluruh Kuching.
Cuaca hari ini pun agak memuaskan, pengunjung pun ramai ,seawal pagi mula berpusu - pusu ke sini.Selain daripada itu, terdapat juga barangan cenderahati seperti baju dan gelas turun dijual di sini.
makanan seperti Kek Lapis Sarawak juga boleh didapati disini. Bagi yang ingin menikmati makanan seperti mee kolok dan laksa sarawak juga boleh dinikmati di Medan Selera Benteng di sini.Apa yang paling menarik,Terubok Masin Sarawak yang terjual di kedah pasar basah utk dibeli dan dibawa pulang oleh pengunjung.
Saya juga kebiasaannya dihujung minggu berkunjung disini dengan keluarga untuk mendapatkan barangan keperluan di hujung minggu dengan harga yang sangat berpatutan.Sememangnya Berbaloi.
JOM KE MEDAN NIAGA SATOK.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment