Monday, May 28, 2018

D I A M


D I A M

Diam,
Mungkin lebih baik
untuk menyampaikan
Apa yang tak mampu diluahkan
Dari hati dan lisan kata.

Dan biarkanlah air mata 
yang mengalir menjelaskan
dan menyatakan segalanya.

Sementara,
Sinaran doaku,
Coretan dan Catatan karyaku,
Hamparan hasratku,
Tulus Niat yang membeku,
Perjalanan Impianku,
Harus kuteruskan jua
Meski dugaan dan
Ujian Menyelubungi.

Aku enggan
Ianya mati dan terhenti.
Dalam redha,
Usaha dan penerimaan
tetap menyatu.

Kerana
Aku,
Dalam Diamku
Bukanlah yang sempurna,
Namun seadanya sebaik mungkin.



28.05.2018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: