Wednesday, March 23, 2016

VARIASI GAYA POTONGAN RAMBUT YANG MENARIK UNTUK WANITA




KOLEKSI MENARIK GAYA POTONGAN RAMBUT UNTUK WANITA
 
Gaya potongan rambut adalah salah satu dari elemen kecantikan wanita pada masa kini selain dari fesyen pakaian,penjagaan diri termasuk mekap,pelbagai lagi perkara - perkara lain yang berkenaan perhiasan dan penjagaan diri untuk menterjemahkan kecantikan dan sifat kewanitaannya.

Rambut merupakan satu daripada elemen kecantikan yang sering diberi perhatian dari sudut kesihatan rambut,gaya potongan dan penjagaannya.Tidak hairan sekiranya ramai wanita yang sanggup pengeluarkan kos puluhan sehingga ratusan malah ribuan ringgit bagi memenuhi kepuasan dalam menguruskan rambut supaya pada ianya pada tahap dan keadaanya yang mampu memberikan kepuasan dan keyakinan diri dari segi penampilan dan personaliti.

Tidak dinafikan perempuan sering melihat kepada perkembangan semasa berkenaan rambut bagi mengetahui maklumat terutama berkenaan dengan trend dan penggayaan terkini fesyen rambut yang sedang menjadi trending dan popular pada sesuatu masa.Tidak kiralah dari penggayaan para selebriti atau artis terkenal di luar dan dalam negara,melalui sumber - sumber permodelan,majalah dan juga media massa.

Untuk itu,saya ingin berkongsikan beberapa gaya potongan rambut untuk perempuan atau pun wanita ataupun juga gadis - gadis diperingkat pelbagai umur dan pelbagai peringkat rupa dan gaya dari segi penampilan dan fizikal yang mungkin boleh dijadikan inpsirasi dan ilham untuk mempelbagai atau memperbaharui penampilan anda pada masa kini.

Koleksi kali ini menampilkan pelbagai potongan rambut sama ada pendek atau panjang,lurus atau bergelung(curls ) dan pelbagai lagi bentuk rambut yang anda boleh lihat.Selain itu,tidak dinafikan penyesuaian gaya rambut dengan penampilan termasuk bentuk fizikal seperti bentuk muka memainkan peranan yang sangat penting supaya anda tampak menarik dan berkeyakinan dengan setiap potongan rambut yang menjadi pilihan anda.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan pendapat dari penggaya potongan rambut anda disetiap kunjungan anda ke sesi salun untuk mendapatkan pendangan dan tips memilih potongan gaya rambut yang sesuai untuk anda disesuatu masa.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak termasuk gambar - gambar yang berikutnya memberikan anda idea untuk memilih gaya dan potongan yang terbaik untuk sesi ke salun yang akan datang.
























































































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot

No comments: